Posts

Showing posts from 2011

welcome 2012

goodbye 2011 update soon :)

Suka suki di hari keluarga

Image
Gigih dok google cari costumes shop. Shortlist 2 kedai yg dekat dgn opis.. Wisma Central & The Weld.. With limited option in my hand, i chose the weld. Nama kedai Costumes N Parties .. Load of costume & accessories.. In fact The Weld tak penuh cam KLCC.. Jadiknya takdelah kejadian langgar stroller berlaku.. Memang nyaman sekali sih! paling susah nak pilih baju untuk Tasya.. Sume tak muat and at last amik adult costumes.. She opted to be a maiden indian .. Hannah pilih untuk jadi leopard dan baby Soffyia mama pilih untuk jadi baby elephant.. Argh! baby costumes sume comel2 belaka! Kids at entrance before begin to hunt the prezzie.. Mommy & daddy hunt for the food!

Workaholic

Dulu kecik-kecik tgk drama kat tv tengok plak cerita pasal mak bapak yang selalu balik lambat anak dah tido, pastuh anak jadik tak baik selalu cakap pada diri sendiri 'Apalah mak bapak asyik keje tak pikir pasal anak!' Sekarang amik ubat akibat mengata orang dalam tv je pon, tempias terkena gak pada diri sendirik... Adoi.. Hidup wa sekarang sangat terkejar-kejar.... Let put aside 'Busy is good'. Mungkin baik satu sudut tapi satu sudut yang lain? Masa ni la baru terfikir perkataan KALAU.. 'Kalau lah aku ......., kalaulah aku ......., dan kalaulah aku....... Nasib baik hot fm waktu pagi sentiasa menceriakan hidupku di waktu pagi, adalah masa nak tergelak.. Hilang sikit pressure kat situ.. Tapi bila masuk office sentap! Terus jadi robot non stop.. What da hell! Aku memang bengkek habis.. Kalau lah tak mengenankan (see? perkataan kalau jugak menjelma).. Lagi best relationship wa dengan husband.. dah ala-ala suam kuku.. nak pegi bercoti pun alahai ntah bila la woiiii....

Membukak rumah

Image
Walaupun raya dah habis, aku masih buka rumah buat mak bapak, sanak saudara dan sahabat handai dengan hidangan utama adalah : . . . . . . . . Tade mood nak menulis panjang.. Cerita2 open house adalah sama sahaja seperti orang lain.. Makan + gelak + makan + borak + makan + makan = Kepala weng sehingga ke hari ini gara2 terlebih dos kambing golek.

Aidilfitri 2011

Image
Raya kali ni aku balik Johor (again).. Plan nak balik sabtu pagi tapi sabtu petang baru gerak balik kampung.. mana taknya, masa tu lah baru nak packing, nak basuh kete, nak servis keta, nak update jiran sebelah itu ini.. Kali ni kitaorang split 2 kete.. Since Yen nak test kegagahan kete baru dia di highway, aku awal2 angkat kaki takmo join dia... takmo aku jadi mangsa korban aidilfitri.. Takdelah jauh mana pun gap kete kitaorang.. Dah tentu2 jam sampai Seremban? Lepas Senawang, Subaru Yen dah mengaum tinggalkan aku terkontang kanting.. Favourite tempat amik gambar pre raya photo kat RnR Ayer Keroh bukak puasa.. Dah besar panjang anak dara aku 2 orang ni.. Pukul 6:30ptg kitaorang sampai masih boleh pilih2 parking, by the time 6:45pm dah penuh sume slot include tempat duduk kat restoran.. Pukul 8:30mlm kitaorang cabot balik dan samapi Batu Pahat pukul 11mlm.. Check in Katerina Hotel pukul 2 pagi baru boleh tido, baby meragam takmo tido.. Pukul 4 pagi dah dapat wake up call.. Kepala ting

Awesome!

It's 2 freaking am and aku baru je balik dari office... Mak tiri memang langsung tak leh tolak ansur submission acc.. Mesti hantar jugak by today or else masuk keje hari isnin.. Memang kejam and at certain point of time memang rasa takleh nak adapt dgn cara dia.. Too perfectionist! Mula-mula submit management company, mak tiri dah bising interco terlampau byk sangat.. Alamak! Mana ada org tgk interco balance in monthly basis? Lepas tu mak tiri sambung balik tazkirah kenapa management company ada expenses? Daaaa kalau sume nak buat billing masakla wehhhh.. Sikit2 punya expenses absorb je lahhhhhhh... Then mak tiri review operation co lak.. Ini lagi panjang dia punya tazkirah daaaaa... Ageing collection days tak cantik, owners expenses blablabla.. Tension babe. Tapi tu lah kan great pressure come with great return! Aku dapat bonus raya wehhhh.. Memang kembang semangkuk bila mak tiri cakap, have you got the letter? Wah itu masa kepala sudah pikir mana mau pi shopping. Oh ya mak tiri

Bila mak tiri baik hati

Oh hoi wa dapat duit raya babe! Sengih sampai ke telinga... Ni sume gara2 mak tiri jadik baik hati approve duit raya untuk satu company.. Masa ni sume org syg mak tiri. Wek wa langsung tak sayang mak tiri tapi aku adore dengan dia punya memory.. Terbaik babe! Mungkin selalu mkn supplement.. Oh tinggal lagi 2 hari je nak mengadap mak tiri.. Lepas tu ke kampung la kite... Yabedabedu!

cerita ramadan

Mak bapak aku dah selamat mengerjakan umrah...ntah apalah diaorang buat kat sana tu kan? Sihat ke tak? Semoga ibadat mereka diterima tuhan...semenjak depa pegi aku lah dok tengok2 kan umah.. Dah buat macam umah sendiri la plak..ekekeke... Kadang2 bila dengar azan sayu je hati teringatkan diaorang... Nak2 kalau azan maghrib lagi sensitif jiwa ni... patutlah faezah ikut sekali, kalau tak mau melalak dia sesorang kat sini... Raya ni kami beraya di johor lagi... Bertambah lagi satu askar maka bertambah penuh la duit raya dalam handbag mommy... ekekekek memikirkan askar kecik tu buat mommy risau... Boleh ke baby adapt dengan suasana baru? Duk kat umah atok ni pun jenuh betul nak tidurkan dia... terpusing kiri terpusing kanan...kepala dok asyik berkerut scan bilik atas bawah... :( macam manalah kat johor nanti... feel balik kampung tu dah mari dah.. cuma feel nak bersengkang mata kat kampung tu je belum mari.. anyway cuti raya aku dah lulus... Lega hati dapat berjauhan dengan boss mak tiri s

unifi dihatiku

dengan adanya unifi kat umah semoga wa boleh kerap update blog.. malangnya wa masih tak reti2 nak upload pic kat blog guna iphone.. salam ramadhan sume..

Life

Hallo hallo kopi ka milo? Pe kekdahnya intro macam pak lawak.. :) Ahhhh finally.... my blog. Apasal aku rasa kejap je masa dah berlalu.. Semalam isnin pastu hari ni selasa kejap kang dah jumaat.. pastu weekend, pastu isnin balik... tau2 dah nak puasa.. omg ganti pose belom lagik.. 3 hari aku tak pose masa pregnant kan Soffyia.. Boleh tak nak pose hari ahad pastueh tido satu hari maghrib baru bangun?? Wahh meletop.. tau mak aku mampuih kene bambu tazkirah baik punya.. antara ayat2 faveret mak aku 'Ko ni Ra, tak padan ngan sekolah labu nya'.. Inilah bahana kene tanggung sampai ke tua.. label budak smap labu.. Pape je lah.. Btw me and yen telah bertukar rutin harian ke tempat kerja... Ye kawan2, Yen telah meninggalkan Schlumberger dengan bangganya.. dengan bangganya juga Yen telah menolak counter offer untuk bekerja di middle east dengan ayat penutup tirai 'duit bukan segalanya' ... wah gitu2... dua tiga kali la jugak aku nengok yen atas bawah, depan belakang... jadiknya t

mommy need a break

Image
Bulan ni serious wa penat gila.. balik keje ingat nak tido je.. weekend pun kalo boleh nak qada' tido sampai lebam.. tapi ini budak kecik tak penah nak bagi can mommy tido.. bapak budak kecik ni pun sama gak perangai.. pantang mommy nak lelap ajak kuar.. tgk wayang la, pegi mamak la, pegi makan la.. tapi nasib baik mommy sayang budak kecik ni dengan bapak budak kecik ni.. mommy ikut kan jugak perangai masing2 yang super manja.. btw minggu depan budak kecik ni nak masuk 5 bulan.. meniarap belum pandai lagi.. tapi jerit teriak2 dah pandai... mommy sayang budak kecik! Muah.

Weekend

Image
Masuk office baru masih takde keje. Seminggu ni penat betul pura2 macam banyak kejee. Pura2 balik lambat walhal bukannya ada keje pun. o_O so far boss suh jaga satu account dulu. Dahla management co. Kalau jaga mgmt co nak kene tunggu sume org closing barulah wa boleh closing. Report nak kene submit setiap 2hb kat Singapore. Rupanya Ascott co Singapore. Never know about that. The best thing keje sini dapat lunch free kat staff cafe. Pergh2 hari2 makan air tangan chef. Sodap! Tambah point best keje kat sini dapat staf parking. Bayar 50 je sebulan. Best gilo. Kalau weekend lepak klcc leh parking je kat opis takyah dah perabih duit parking kat klcc yg per hour tu! So far so good. Alhamdulillah rezeki anak. Anak2 pun dah habis exam. Minggu ni banyak pulak kenduri. Semalam pegi kenduri aqiqah nun jauh kat kajang. Balik memang penat gilaa. Dinner pun mcd drive thru jerk. Bebudak tido plak tu. Beli untuk perut bapaknya je lah. Wa plak kekenyangan bantai makan kambing 3pinggan. Uhh sodap! Baju

Kehidupan 2 minggu

Lama gila tak update blog *lap*lap* habuk* Ehem ehem.... apa nak cite? Tasya : seorang anak yang rajin tolong mama dia.. bangga bila dia ni mendengar kata walaupun i'm rarely spend time with her.. she just admit that i'm busy handling her sisters and she know when, where and how is the right time to talk to me and discuss matters in school.. she was so understanding and independence more than i can imagine.. 'mama nak beli baju sukan' - mintak awal bulan, 'mama cikgu suruh bawak kertas warna' - mintak waktu pegi mall.. Hannah : 3 words manja, manja dan manja.. 6 tahun takde adik la katakan.. dah kata manja, kalau bergaduh dgn kakak tu menjerit la kerjanya sampai adik pun bangun dan dapat satu cubit dari mama.. pastu merajuk dan mama memang takkan pujuk punyalah.. that's the only way to treat her behaviour.. but one thing i love about her, she is a smart kid.. she did very well in school walaupun tak pernah hantar dia pegi smart school.. Soffyia : too earl

Exam fever

Image
Anak2 aku sume nak exam. Minggu lepas berhibernasi kat umah buat latih tubi. Practice makes perfect! Hari2 aku tasbih kat telinga anak aku "Tasya kalau dapat no 1 mama beli hadiah", "Hana kalau dapat no 1, mama beli hadiah"... Datang akal anak aku pi tanya balik "Mama, kalau dapat 100%, dapat hadiah tak?".. Tu dia! Datang dia punya sifat tamak.. Dah habis buat latihan, bapaknya nak belanja makan. Tak kene selera aku makan kat Victoria Station. Hari2 aku tasbih nak makan Chilis dia tetap gak bawak aku tempat lain.. Waduh waduh bapaknya bapaknya.. Minggu ni bapaknya exam.. Kalau muka happy kuar exam hall aku nak try tasbih ajak makan durian pulak.

Pangkor Trip

Image
Kali ni kitaorg stay kat apartment plak. Bersih dan cantik sebab tempat baru kan? Location Marin Apartment. Ada 3 bilik. Setiap bilik ada bilik air. Ada dapur tapi kitchen appliance takdak. Too bad takleh masak. Aktiviti pertama pegi island hoping then snorkeling. Banyak habiskan masa kat hotel lepas buat outdoor activity. Main futsal, volleyball, berendam dalam pool, main ping pong dan cycling. Malam makan ikan bakar. Haruslah kan? Sebelum balik beli ole2 kat pekan lumut. Aaaahh penat gila. Sakit satu badan. Mana taknya balik kl tak ikut highway. Rasa nak tercabut pinggang. Sempat singgah menara condong kat teluk intan dan lunch sekali. Sampai Petronas tanjung karang, tasya muntah. Yen membebel sampai kl! Marah benar keta kesayangan dia berbau. Adat berjalan dengan anak begitulah kan? Published with Blogger-droid v1.6.7

Weekend getaway : Pangkor

Image
Entering Plus highway. Hujan lebat gila. Hope sampai dengan selamat. Serious mengantuk gila. Dah sampai dah. Cerah plak kat sini. Great! Lepak jap kat petronas beli apa2 yang patut. Taulah bdk2 kan. Nak air lah, nak belon lah blabla. Mama dah pencen layan bdk more focus on baby. Papa punya turn plak. Lagi 70km nak sampai. Wah cantiknya Kelly's Castle. Read from the Airasia magz yg istana tu berhantu. Eeee takot! Published with Blogger-droid v1.6.7

Kilang Susu Buat Hal

Hari ni kilang susu belah kanan ada sedikit mandem.... Gara2 stok susu dah tinggal 2 botol je kat dalam freezer.. 2 botol 4oz@+/-125ml... Kilang belah kanan memang production bagus.. so semalam paksa lebih kilang belah kanan.. akibatnya pergh! ngilu2an bila breastfeed baby pukul 4 pagi tadi.. dahtue pukul 11 pagi baru nak pump kat opis dgn harapan kilang belah kanan beransur baik.. gila gap 7 jam tueh.. 3 minit pertama kilang kanan tak kuar apa2.. lower kan vacum speed letak 1.. adalah 15minit baru dapat 1 oz.. ah sudah! takkan mandem terus kot? naik kan speed sikit2 vacum still maintain barulah dapat hasil yang baik.. dah 30minit baru lah kilang menunjukkan prestasi sebenar.. nak tak nak terpaksa stop production sebab dah 45minit aku dok dalam stor!

ME time. Yeehaa!

Image
Baby dah selamat anta pegi nursery. All the blues mommy have all this while has gone. Warmest welcome from kakak2 dan abang2 kat nursery buat baby tersengih2 bila mommy hantar pagi tadi. Then terus shoot pegi mall buat hair treatment. Sempat lagi beli lense kaler2 ala2 dato' ct. Hahahahah. Later nak pi scaling gigi. It should be done now or never. Since i have my new figure body why not i splurge on my new looks? Let's celebrate! Published with Blogger-droid v1.6.7

Bye-bye maternity leave

Less than a week from now aku dah kene masuk office. Its not about the workload that make me rasa malas nak masuk keje, tapi sume sebab baby soffyia. I've spot the right nursery for her. Tapiiiiiiiiiiiiii its not assured my baby is in the good hand. Argh. Supposely hari ni dah anta baby pegi nursery and i can enjoy my me time akan tetapi still rasa tak sampai hati. Argh. Hate this feeling. Lets be realistic. Tomorrow mission will be accomplish! Published with Blogger-droid v1.6.7

Review : A'Famosa, Melaka

Stay kat banglo instead hotel room. The best part we have our own swimming pool. (ini kolam ana yang punya!). Fyi hotel room takdak pool tapi dekatdengan cowboy town. Banglo ada 4 bilik, dapur, 2 bilik air dan astro. Worth for big family! Ok mommy have to go. Anak sudah nangis. Published with Blogger-droid v1.6.7

jalan2 habis pantang

Exit simpang ampat tol, entering a'famosa. Will spend weekend getaway here. Ada kenduri kawen daaaaaa. Happy weekend y'all! Published with Blogger-droid v1.6.7

mommy of 3

Image
1month yuhuuuuu... wah2 sungguh penat betul minggu nie.. btw wa sudah pulang ke rumah sendiri.. tu yg tak berupdate blog ni.. super busy oiii... lagipun connection kat Selayang ni super slow! Ha eloklah tu kan dengan aku yang super busy ditambah pulak connection yang super slow memang equivalent tu super malas nak beralam maya... nie pun tengah breakfast dengan family di kopitiam kegemaran yen sambil teman yen buat assignment yang nak kene hantar tengahari ni (last minute person!).. dapatlah curi2 update blog sambil layan facebook dan juga menjengah blog2 favourite.. :) all out for the last assignment before the exam. sedar tak sedar dah satu bulan Soffyia.. satu bulan lebih sikit lah.. bak kata wan dan atok, dah keras dah badan cucu aku sorang ni.. al-maklumlah, mama dia makan tak hengat dunia.. makan macam tiada esok bagimu.. pergh! sampai cirit biritla anak aku dibuatnya.. oh ya, tahniah kepada diri sendiri sebab dah berjaya breastfeed Soffyia sampai 1bulan... next target, breastfee

ipad vs samsung galaxy tab

Image
using galaxy tab camera Yuhuu., right now try berblogging via samsung galaxy. Cool. Dari dok berangan nak amik ipad, last2 amik samsung coz of the android.. Compare to.ipad some application kene byr but samsung is all free. Bak kata salesman tu antara sebab ipad2 launch sebab nk compete ngan samsung punya features. Kata dialah. Bohong dia bohonglah aku ya. Kehkwhkeh o_O the cons of using samsung, display dia kecik sket & battery tahan kurang sikit. :'( compare to ipad tapi pros banyak gila. Ada camera, boleh jadi hp, and of coz the main factor is free app! So far samsung aku ni togel lagik, accessories tak belik lagik,so tak tau nak review about that. What else? Tu je kott. Oklah nak main games angry bird. Weeeeeeeee i love maternity leave. Chowwwwwwwwws o_O

keje kosong

aku rasa aku bentan la.. kat tempat jahit tu still rasa sakit lagik.. mana taknya baru 23 hari aku berpantang, merata aku dah jalan.. paling tak tahan hari ke 7 aku pantang aku dah pegi interview keje.. plus aku dah tawaf selayang mall dan hari ni aku baru balik dari interview keje (lagik sekali?) kat mont kiara sana tueh.. drive sendiri lagik kau.. keta manual lagik.... mak aku ada gak bising2.. tapi nak buat camana? tuntutan hidup... T_T btw hari rabu nie aku ada lagik satu interview kat uoa.. kalo boleh aku nak sangat keje kat situ coz dekat dgn yen.. aku mana boleh jauh2 tempat keje ngan yen.. hak hak hak.. bukan apa, keje dekat2 ni senang.. satu hala pegi satu hala balik.. kalo salah sorg balik lambat (selalunya yen la) boleh terus shoot pegi office yen lepak2 sampai dia habis wat keje... that's why aku bencik gila bila dengar yen plan nak blah dari co dia.. co sket punya best pun nak blah.. waduhhh.. biar je la aku yang ke hulu ke hilir sorong resume.. hang dok diam2 kat situ

kau ingat kau dah master?

hape ko ingat ko dah level master jaga anak? pergh. ingat dah boleh cope this and that blablabla.. kekdahnya pukul 3 pagi ko tak tido2 lagi? huwaaaaaa... dah jadi burung hantu dah.. baby is so unpredictable! tension datang kembali.. yeehaa!!!!!! si bapaknya kalo nak tidokan baby bukan main lagi berkelek2, berhayun2 sampai budak tu tido.... last2 aku plak jadik mangsa bila dia terbangun pepagi, satu hal plak bila dah bagi susu nak kene dodoi plak!!! dodoi sambil tangan tanpa henti bergoyang.. ewahhh.. nak suruh mama berdikir barat pepagi ye sayang oii.. yeeha!! yeeha!! huwaaaa... nak tidooooooo... nak tidoooooo...

Losing weight

Image
When i find out that i'm preggie, the 1st thing i have on my mind were 'i must lose weight', 'i must take this opportunity!'. From the beginning of my pregnancy, i care what i eat, i take what is best for my baby. My role model? Jennifer Hudson Size 16 while single but size 6 after deliver a son. Sapa bilang anak dara gemuk tak leh kurus lepas beranak? She made it! Can you?

baby secret

cuaca hari ni panas2 sejuk... dalam keadaan panas adalah angin sejuk masuk.. baby pun takdelah asyik nak ek ek ek ek.. aduhh, semalam, kelmarin dan hari2 sebelumnya dia bagi penangan terbaik kat aku.. straight dari pukul 2 pagi sampai 7 pagi dia tido2 ayam.. asal aku nak tutup mata dia menjerit.. tension jugak dibuatnya.. sampai aku pun tak tau apa yang tak kene dengan baby asyik memanjang nak ber ek ek ek takpun menangis.. (lap peluh).. ni yang buat aku takut nak start keje balik nie.. mau aku terlelap depan pc plak nanti.. apakah formula yang boleh buat baby tido straight sampai pagi? any idea? memang aku tak nafikan baby akan bangun tgh malam tapi ada jugak yang boleh tido straight sampai pukul 6 pagi.. oh alangkah bahagianya kalau soffyia boleh mengikut jejak langkah seperti itu.. angan2 tahi ayam je lah.. bersengkang lah mata ko sampai umur baby 2 tahun.. tu pun kalau bertuah.. silap2 mau sampai 4 tahun.. adoi, kalo cam ni lah, kene wat betul2 family planning!

My postnatal figure

Image
Phewwittt... keh keh keh.. Yo semua.. Setelah melalui perit getir hendak menguruskan badan, finally wa berpuas hati dengan hasilnya.. Fuyoh! It's not easy men.. Like everyone else, wa still nak turunkan lagi. Since i dont have any 'Gisele Bundchen' weight back then, now i'm setiing my new weight goal to 48 kg... Masa kenal Yen pun memang gemuk dan bertambah-tambah selepas kawen & ada anak.. Lemak 10 tahun ni oii.. Pic taken lepas kene urut dan tengah pakai bengkung.. tu mcm tak nampak those flabby area.. rasanya pemakaian bengkung atau girdle to penting to reshape balik badan.. Coz i want to have beyonce killer body... Cun seh perut dan pinggang dia!!

13 hari berpantang

Image
dah pandai skip2 makan jamu.. tak pakai bekung..belasah makan.. ada satu malam tu yen tanya 'ma asal tak pakai bekung' dan malam ni dia cakap lagi 'perut tu dah mcm apa dah tak pakai bekung'.. hak hak hak.. malas aa.. panas tau panas.. susah betul nak jadik cantik ni.. kalau tak sakit mesti melecehkan.. eh stop2 merungut.. penat aku jaga badan takkan nak gemuk balik?.. no no no.. sejarah tak mungkin berulang.. keh keh keh.. sebenarnya aku pun tak tau berat aku skang hilang berapa kg.. rumah mak takde penimbang.. so i just let people judge on my figure.. overall sume beri jawapan positif.. :) .. paling tak tahan, semalam adalah jiran2 datang melawat aku kan.. suddenly ada sorg makcik (jiran baru) aku tak kenal pun.. dia ckp 'eh ni ke mak hannah, kecik je orangnya'.. pergh! korg sume tak tau betapa kembangnya hidung aku mendengar pujian itu.. keh keh keh.. seriously sepanjang hidup tak pernah ada org kata aku ni small size figure okeh.. two thumbs up kepada diri s

Alahai lobak putih...

Image
satu malam tak tido semalam gara2 baby tak puas minum susu.. susu cam takde jek.. mana taknya aku dah tak telan si lobak putih adalah 3-4 hari.. sebu betul makan bende alah tu dari 1st day bersalin.. konon2 makan salad.. ha sekali amik ubat! cam burung hantu aku malam tadi.. cuaca plak mak aiii panas bebenor.. walaupun aku dah pusing kipas ni se-max mungkin still rasa masya allah panasnyaaaa... 'hujan oh hujan.. kenapa kau tak turun lagi'.. tolonglah kasihani daku yang kepanasan ini.. alahai si baby ni.. tak sudah ek ek nya dari malam tadi.. baru je mama nak feel2 tulih blog, dia dah bertasbih kat sebelah aku cari susu..tergeleng2 kiri kanan.. sian anak omakkkk... muka puas minum susu minggu lepas

nenek-nenek si bongkok tiga

aduh aduh... semenjak dua menjak ni lutut wa sakit jer... kekurangan kalsium kot... bila bangun daripada duduk bersimpuh tu aduhhhhh kene berdiri seminit barula hilang sakit.. ni yen tak top-up2 lagi susu dalam fridge.. macam tak paham2 je laki aku sorang tue... dah macam nenek tua si bongkok tiga dah aku ni... :) rite now sambil aku ketuk2 lappie ni yen borak2 ngan aku.. mengimbau kehidupan kami dulu2... bila terkenangkan, memang rasa hidup nie penuh dengan cabaran dan masalah.. tak semua bende tu indah.. tak sume kita rancang terjadi.. hidup ini penuh rahsia... pernah tak korang2 sume terfikir? apa akan jadik kalau hidup ni tak seperti yang kita lalui? is it worth to reverse back the time? adakah kami akan bahagia if kami ikut plan camni camni camni? apa akan jadik kalau kami buat camni camni camni? well hidup manusia nie tak semua sama kan? kalau dulu hidup kami seperti nenek perlukan tongkat, harap2nya lepas ni dah boleh buang tongkat tu jauh2.. Salam Maulidur Rasul.

Berpantang minggu ke-2 : Urut time!!

Image
eh eh sedar tak sedar dah masuk minggu ke-2 berpantang.. jahitan pun dah okey...kalau last week sedikit lemau but this week ok sket aa... tapi ada masalah sembelit plak.. owh sakitnya!! but the good news this 2nd week start berurut.. ah! nyaman sekali buk! baby pun kene urut sekali.. stim je mata dia bila pepagi dapat kene urut.. suka makcik urut nie.. bila dia datang, i dah ready mandi.. usually dia datang pukul 8am atau 9am... pastueh dia mintak baby.. urut2 baby, pastueh buat senaman ngan baby.. later dia mandikan.. finally dia suh susukan.. bila dah susu baby tido, it's me time!! syok giller rasa macam jgnla cepat habis... plus nasib baik mak ada, takdelah makcik tu bosan bila aku wat dek je kalau dia ajak borak.. :P lepas tu pakai bengkung.. ha amik ko 14meter dia punya panjang.. lilit punya lilit2.. umak aiii.. ketat gila kott.. tapi 1st day dia lilit tak ketat since bagi badan jgn terkejut sangat.. bila petang nak mandi waktu petang bengkung tu dah jadi mcm tali pinggang.. t

3:08 am

Image
baru keluar dari toilet.. memang dah jadi kebiasaan sekarang time waktu buang air kecil.. bukak stokin jaln terkedek2 pi toilet.. takut plak tersadung dalam gelap.. eee.. seriau bila nak buang air kecil.. ohh lupa nak cerita pengalaman bersalin.. alhamdulillah saya selamat bersalin normal.. tu nanti2 la cerita when i really have time between me & my lappie.. alamak anak omak menangis sattt... ok sambung... sekarang waktu tido saya memang start pukul 4 pagi.. selagi tak pukul 4 pagi selagi tu mata ni membuntang takleh tdo.. baby pun waktu cam ni dia memang aktif nangis.. kejap2 nangis.. kejap2 bunyi isk isk isk.. kes terjilat kain bedung yang mungkin disangka sumber susu... masa nak adjust masa minggu lepas memang stress.. tapi minggu ni saya lebih rileks.. mententeramkan diri dengan cara tersendiri... well it workout very well! paternity leave yen will over soon.. :( sedih aaa... takde member nak di ajak berborak.. mintak2 la keje dia tak banyak thi

Berpantang: Hari 1 - 4

Image
Whoa. Finally rasa boleh adjust dgn dunia berpantang @hari ke-4 which is my birthday today! Stress gila tak terkata bila ada orang baru nak kene handle, masa tidur yang nak kene adjust, sakit dekat tempat jahit, susu taknak keluar, baby asyik nangis nak susu dan dalam masa yang sama my nipples crack.... seribu satu bende baru yang dah lama tak pekena.. tapi alhamdulillah syukur pada tuhan sebab dapat handle akhirnya... syukur ya syukur... Berpantang sama je mcm org lain.. pantang dekat umah mak bapak sendiri.. senang dan mudah.. kalau nak pape je just ckp dan tadaaaa dah ada depan mata... so far the best meal yang mak masak adalah masak singgang bawal hitam dengan lobak putih dan juga ikan pekasam goreng.. sedap. sekarang kene makan bende2 yang boleh melimpahkan pengaliran air susu... sebab.......... saya dah terbagi my newborn formula milk... gara2 tak tahan dengan stress, sumbat susu formula terossss.... tapi lepas tu terus cam bengang dengan diri sendiri... terfikir kalau org lain b

My newborn

Image
Nurazreen Soffyia Bt Mohd Illiyein Firdaus Born on 5th Feb 2011 @ 3:00 am weighing 2kg

Update

Owh.. Still dalam mode masih pregnant.. belum bersalin lagi.. tapi badan tak sehatlah.. gara2 hujan tak berhenti.. nasib baik esok cuti.. walaupun rasa dah ready untuk sambut baby.. ada je bende2 last minute nak kene buat.. ING Insurance tetiba plak tak leh lepas kat FPP Unit.. GL hanya untuk wad biasa.. Buat penat je ke hulu ke hilir uruskan GL.. Call ING depa kata guna duit sendirik dulu baru depa reimburse.. So satu hari dok ke hulu ke hilir pape pun tak buat.. Sudahnya esok baru nak pi balik Hospital Selayang.. Nasib la selangor tak cuti kalo tak kene amik cuti lagik.. Ni ha tengah dok selongkar almari nak cari korset.. ntah mana peram sampai tak jumpa2.. baju nak dibasuh selonggok tersadai.. tambah lagi baju2 baby pun tak basuh lagik.. adoii.. pregnancy kali ni asyik sakit jer... sakit belakang tu makin menjadi2 plak.. even yen dah tukar tilam still rasa sakit lagik.. pastueh tetiba kene penyakit gatal plak.. dah tu attack kat perut je plak tue.. pegi klinik dr tak bagi cream..dia

38+ week

Image
Yo i'm entering my 38+ week.. Skrang tido pun tak lena.. Muka susut mcm nenek tua.. Pipi bunjut time dolu2 dah hilang.. Sakit belakang tak usah cerita.. Pantang menggeliat confirm kaki cramp.. Gagah jugakla pepagi bangun nak pegi kerja.. Kemas bilik sikit2.. Masak-memasak dah angkat bendera putih.. Setakat basuh baju sidai baju lipat kain masih boleh lagi.... Drive keta pun boleh lagi.. Tengok tv pun dah lama surrender.. Bedung baby kaler2.. beli kat Jalan TAR.. cari punya cari last2 kat Nagoya baru ada... dah selamat jahit dah tinggal nak basuh je.. Guarantee Letter dari ING petang nie baru nak pi amik kat GDex Kepong.. Semalam depa hantar takde org kat umah.. So kene gagahkan diri meredah jam kat kepong petang nie.. Dah confirm nak bersalin kat Hospital Selayang under FPP unit tu... Syok jugak dengar org kata private wing tu best.. Belum cuba belum tahu.. ni nak pi cuba.. Oh ya! my breastpump dah selamat sampai kat tangan. Cool!

Baby & mommy Checklist : Final

Image
Yo.. so far preparation untuk baby hampir selesai... still x de : Baby tights Gambar dicilok di sini . comel2 belaka.. geram je tengokkk.. kalau beli banyak berbaloi la.. tapi kalau setakat nak beli 4 helai cam mahal sket.. campur postage lagik kan?.. coz hari tu jalan2 dgn yen kat parkson ada nampak baby tight.. tak silap harga dia rm10 je sepasang and ada disc 10%... tapi ada 2 kaler jerk... for the moment maybe grab je la yang kat parkson tueh.. i really love baby wearing rompers with tight.. comel! Diaper baby bag Saw one in Parkson gak.. red colour.. Best price! Untuk mak dia pulak.. Jamu - Sudah jumpa yang mana berkenan dihati.. Breastpump - Hujung minggu ni sampai. Booking tukang urut - Mak in-charge Yang lain2 cam dah ada je.. agaknya la... penat aa fikir.. mana takde tu grab je la kat memana last minute.. skang busy dengan audit.. tak terkejar betul aa.... takut je terberanak.. ada satu account tak close lagik.. audit untuk account tu plak next week.. uii hujung hidung betul r

Servis si cantik manis

Image
Dah dapat bonus si cantik manis biru anta pegi spa... Sekali sekala bagi si cantik manis dibelai memang terbersin jugak dibuatnya... Harap2 permulaan yang baik untuk tahun baru ini yo!