Monday, August 30, 2010

Besday bash for Mr Yen

Happy Birthday to You!
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Semalam celebrate dengan member2 Itm.
Hari ni celebrate dengan family plak.



Semangat buat biskut raya membuak2 nie..
Y___Y


Preggy mommy tengah penat la nak hapdet.. Pembawakan budak la katakan.. To my beloved hubby Mr Illi..Yein 'Selamat Hari Jadi' semoga menjadi suami dan bapa yang soleh..
Ammmiiiiiinnnnnnnn (Panjang amin nya tue :P)

Kad besday dah kantoi (gara2 hannah too excited nak menunjuk kat papa dia) hadiah besday pun dah kantoi (sebab papa asyik tanya hari2).. T____T

Friday, August 27, 2010

Balik kampung mana kita ni bang?

Isteri : Nak balik Johor ke Selangor ni bang?
Suami :Tengok keadaan.

Kalau balik Johor aku nak makan BURASAK.. tak taulah ejaan ni betul ke tak.. tapi tu memang hidangan wajib hari raya kat kampung yen.. seddaaappp.. kalau org melayu hidang ketupat, org bugis hidang burasak.. similar to ketupat tapi dia guna daun pisang dan ada rasa sedikit lemak.. aku sedikit confuse camana derang masak burasak.. sebab daun pisang cepat terkoyak dahtu tak berterabur ke beras dalam daun pisang tu? Y___Y

Kalau balik Selangor plak aku nak makan ROMBOK RAWIT.. still tak tau ejaan dia betul ke tak.. itu memang hidangan wajib kat atas meja kampung aku.. sedaaaaappp.. nak2 kalau nenek aku buat.. original gituuu... nielah aku rasakan masakan nenek lagi sedap dari mak aku.. ekekekekek.. mungkin mak aku dah jadi jawa murtad.. tu yg tak menjadi masakan jawa dia tueh... melayan selera bapak den masak lomak jooo... ha ha ha..

Btw, orang jawa makan ketupat.. rombok rawit ni macam sambal.. yang aku tau rawit tu maksudnya cili tapi rombok tu tak tau plak pe bendenya... tapi tak sume org jawa makan coz aku ada tanya certain member jawarian tak penah dengar pun nama masakan ni.. nenek aku kalo buat dia letak daging lagi2 la bertambah sodap tapi seriously pedas gila bab...

nie mana satu anak jawa mana satu anak bugis? Lelong lelong lelong W___W

Monday, August 23, 2010

Window shopping : Raya


Eceh eceh... ada plak window2 shopping raya pulak ya.. ekekekekeke.. ni sume gara2 tak reti nak duduk umah diam2 last weekend.. ho ho ho.. dah sah2 keluarga zaman moden skang nie tak reti2 nak dok umah.. betull tak??? jgn memalu nak ngaku lahhh... kalao tak takde memanjang malaysia nie punuh dengan shopping complex.. wakakakaka... so family kecik kitaorang ni tak terkecuali jgklah.. paling koman pun mesti jejak kat selayang mall tueh. T___T

Tapiii.. this weekend kitaorang jalan sediiikit jauh.. Jauh ke? jalan TAR je.. ho ho ho.. Tu pun laki aku dah naik pekak dok dengar aku meroyan 'Paaaa, nak baju raya! Pa budak2 nak beli baju raya! Pa nak kasut raya.. Pa budak2 nak kasut raya' Wakakakakak.. yelah gilo ko apo? Aku satu pasang baju pun takde lagi tau. Tak kiralah mengandung ke tak. Lagipun perut ni kecik lagi. Ho ho ho..

So dah petang2 tu, dok aku tengah terdampar kat depan tv kepenatan sambil kepala otak ni ligat pikir nak masak, laki aku mengeluarkan ayat magic 'Jom kita bukak pose kat Jalan TAR'.. Kat restoran insaf la.. mana lagi?? Wahhh sedapppppp.. Malangnya sesampai sana sume penuh. Last2 mentekedarah kat SOGO je lahhh..

Lepas makan kitaorang jalan2 kat area2 Euromoda ngna Gulati's tuu..Dapat plak tempat duduk strategik kat area situ.. Pekena jagung bakar sambil tgk orang2 malaysia shopping, lintas jalan, marah2 anak dan sebagainya la... Habisla gak jagung seketol.. Sambil makan tu mulut aku becok dok tanya kat laki aku 'Pa, nampak tak baju warna pink tu.. ? cantik tak? .. 'Pa, cuba tgk baju kat dalam kedai tu warna merah tu cantik tak?'.. 'Pa, murahnya baju melayu kat kedai yang tengah tuuu'..

Hebat tak window shopping aku?

Errrr.. penat lelah berbayar bila papa ajak window shopping.

Wednesday, August 18, 2010

Pepagi dah buat hal!

Phew.

Hari ni settle kan hal anak bongsu wa (for the moment) si Hannah.. Since hari tu ayah wa yang daftarkan Hannah sekolah, skang diaorang panggil wa untuk buat pengesahan.. mana lah tau tetiba budak kene culik kan? Since nak buat pengesahan wa kene bawak original birth certificate. Guess what? Surat beranak hilang...

Waduuuhhhh! Ayah wa kata dah bagi mak, mak pulak kata dah bagi ayah.. Adoiii!! Pepagi dah ada drama.. Tak cukup dengan tu, si Hannah bukan main liat nak siap pegi taski, dah kene tinggal bas.. Pastueh memberi arahan 'Takpelah, atok yang hantar Hannah' Hammmbooiii.. bukan main lagi budak zaman skang ni boleh main order2 plak ya.. Dahtu nampak muka aku 'Takpelah Tok, Hannah nak pegi dengan mama'.. Ewah2 anak omak sorang niii...

Lepas hantar anak aku, berdesup pegi Sri Rampai buat surat beranak baru.. Eh sekarang surat beranak warna hijau tu.. siap ada sticker 3d gituu.. kono bayar rm7.. cuak gak sebab kaunter sebelah aku dengar dia kene byr rm110 tapi dia hilang ic la...

Later terus pegi sekolah dak Hannah nak buat pengesahan pendaftaran... Alamak hai tak sampai 2 minit dah siap.. mintak surat beranak original pastueh cop belakang, kerani tu sign dah siappp.. kalo senang camgitu aku suh adik aku menyamar pun takpe kott.. T___T

Tu belum bab sekolah agama lagi.. Yang tu ayah aku volunteer nak buat kan.. Yelahh org dah pencen kan, apa salahnya tolong anak kesayangan dia nieh... wakakakakak.. gelii je..

Whoa... diam tak diam anak aku sume dah masuk sekolah.. patutlah aku buat anak lagi satu.. ho ho ho hoho horrrlliicksss... just wonder kdg2 aku rasa susah kot jadi mak ni, everything kene buat yelah bukan sahaja bla bla bla (korang sure tau) tapi seperti biasalah, ibu tetap seorang ibu. Takde jawapan untuk itu. Apa2 pun 'LET'S ENJOY MOTHERHOOD!'

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


Monday, August 16, 2010

Bayar denda tak ganti puasa

Ohh baru wa tau rupanya senang jo nak bayar denda tak ganti puasa atau atas nama kata lain fidyah... T___T.. Thanx to Beth ..

So mula2 kena pegi sini
Baco dulu.. Manalah tau kot2 dari zaman batu lagi tak ganti poso, so lainlah kironyo kan?

Lopeh dah baco situ baru kiro. Pogi sini plak.
Kalo raso2 tak reti nak buek tu den raso kono lah kot pegi PPZ..

So kepado yang kono byr tu jgn malu2 la nak buek.. Ho ho ho..
Ehem ehem...

Chowssss

Wednesday, August 11, 2010

tengah merajuk ni!

Rasa ngantuk tak mo hilang2.. baru pukul 10:40am tapi tekak dah sakit.. pagi tadi terlupa plak nak minum air bebanyak.... kepala weng satu macam.. tak cukup tido..

........

malam tadi merajuk ngan suami lari tido bilik depan..
pusing kanan pusing kiri sampai 12 tengah malam standby
'bila la suami nak datang pujuk ni'
cisss.. tak mo pujuk ya! takpe takpe.. amik hp reset alarm from 4:30am to 6:15am.. tak mo kejut sahur! cepat2 tegok air cepat2 tido cepat2 niat..

........

'ma, tepi sikit' buat2 tak dengar..
suami menyelit asal boleh... kesian pulak.. mengesot si isteri ke tepi sikit..
ishhh pukul berapa ni? mana plak hp ni? aduuhhh sebelah suami plak letaknya..
takkan nak mintak suami tolong amikkan! tengah merajuk ni!!!

dapat pun! bangga dalam kegelapan takyah mintak tolong suami!
hoh? pukul 3:15pagi? cepat2 reset balik 4:30pagi..
cepat2 tido..

.........

pukul 4:30am hp bunyik suh bangun..
'bang, nak sahur ke tak?'
'hermmm' jawab suami

hp snooze lagik.. pekak telinga!
'bang! nak makan ke tak?' diam.
'bang nak sahur ke tak!' goyang2 tangan si suami..
'ye ye.. 5 minit 5 minit' suami pusing ke utara..
si isteri pusing ke selatan, off alarm.. cubaan berani mati tido 5 minit tanpa alarm..
mak kata malaikat akan kejut kalau betul kita nak bangun..

.......

wahhhhh dah pukul 5:30!! bangun banggggg minum air cepattttt...
gedegang gedegang lari turun tangga pegi dapur... minum2 cepat!!!!
pandangan sayu sang suami pada asam pedas atas meja..
uhhh!! penat marathon.. peluh2.. alhamdulillah dapat jugak minum air.

mata terkebil2.. tgk hp.. 4:45am..
'bang bangun bang! yang turun dulu'
turun tangga pelan2.. penat marathon tak habis.
macam cite inception da...

.........

bukak gate, hidupkan enjin, turunkan seat, tido..
suami drive senyap2.. bagus tenteram waktu tido.. kan tengah merajuk!
silent treatment.
'yang rm2 yang'.. nah. sambung tido..
suami ngomel2 kuar duke highway.. konpom jam..
takmo layan..

.........

sedar2 dah sampai opis suami..
suami hulur tgn, isteri sambut cium.
suami cakap luv u, isteri ckp luv u..
mamai..

jap jap.
lupa plak tengah merajuk!!!! benciiiiiiiiikkkkk...

german 1 - argentina 0

ada ubi ada batas
ada hari isteri balas

Tuesday, August 3, 2010

wachaaaa jom karate~

Yo! yo wazzup berasap..

Mood berblogging sudah kembali.. Mari kita berblogging secara rawak.. Wahhh rawak gitu.. Muah ha ha ha ha.... Last week me & Yen telah melabur di panggung wayang untuk menonton 2 cerita.. Inception & Salt... Wahhhh Inception cerita yg sungguh complicated sehinggakan ibu mengandung berkerut2 menunggu 'Bila lahh van tu nak cecah air!'.. Teruja sungguh dengan kebosanan cerita Di caprio hingga rasa nak menangis saat pekerja wayang tu bukak pintu exit.. Sememangnya bukan ikut standard piawai beta la gamaknya.. Menyesal sungguh mempercayai kata2 sahabat Yen yang mengatakan cerita itu adalah cerita terbaik...

Lalu dengan kehampaan 2 jam setengah terubat bila kitaorang marathon minggu seterusnya pulak dengan cerita Salt yang sungguh masyuk! Bak kata orang berbaloi-baloi.. Angelina Jolie memang the best & mantap! Yippeeee.. Sudah lama beta kedahagaan cerita aksi Angelina Jolie.. Wahhhhhh~

Sakan betul ibu mengandung tgk wayang.. Mueh he he he.. Yelahhhh Tahun depan dah takleh selalu tengokkkkk... Waaaaa.. Mode2 ibu la katakan.. My belly sekarang sudah nampak sedikit bulat.. Baby pun dah nampak berenang 2 di perut waktu doktor ajak teropong perut last week.. Alhamdulillah everything bagus2 saja.. Ubat pun puan doktor dah tukar.. The 1st month dia bagik folic, 2nd month dia bagi zat besi dan terbaru dia bagi obimin & calcium..

Kerja? Ini lagi happy. Akhirnya audit report & tax dah keluar.. Bukan main membazir i dok print draft2 yang tak habis2 kene amend.. 31st july adalah tarikh keramat untuk filing.. so penyeksaan dalaman dah habis... He he he.. So kerja2 back to normal semula.. Hujung bulan tutup account sahajalah.. But not too long!! Lepas ni nak kene menghadap internal auditor plak.. dan kemudian interim audit untuk tahun 2010 plaks... wahhh2 harap kali ni lebih relaksss...





Wahh happy bukan main korang bergembira ya.. Tahun depan nasibla korang kene jaga baby.. Bak kata Hannah 'Bukan baby la, boboy!' Meletupp anak omak nak baby boyy.. Bapaknya pun dah terliur nak anak laki.. Kesiaaannn..



 
Images by Freepik