Saturday, September 17, 2011

Aidilfitri 2011

Raya kali ni aku balik Johor (again).. Plan nak balik sabtu pagi tapi sabtu petang baru gerak balik kampung.. mana taknya, masa tu lah baru nak packing, nak basuh kete, nak servis keta, nak update jiran sebelah itu ini.. Kali ni kitaorang split 2 kete.. Since Yen nak test kegagahan kete baru dia di highway, aku awal2 angkat kaki takmo join dia... takmo aku jadi mangsa korban aidilfitri.. Takdelah jauh mana pun gap kete kitaorang.. Dah tentu2 jam sampai Seremban? Lepas Senawang, Subaru Yen dah mengaum tinggalkan aku terkontang kanting..




Favourite tempat amik gambar pre raya photo kat RnR Ayer Keroh bukak puasa.. Dah besar panjang anak dara aku 2 orang ni.. Pukul 6:30ptg kitaorang sampai masih boleh pilih2 parking, by the time 6:45pm dah penuh sume slot include tempat duduk kat restoran..


Pukul 8:30mlm kitaorang cabot balik dan samapi Batu Pahat pukul 11mlm.. Check in Katerina Hotel pukul 2 pagi baru boleh tido, baby meragam takmo tido.. Pukul 4 pagi dah dapat wake up call.. Kepala ting to the tong.. MIL aku tanya pun aku tak dengar.. Pikir bantal je.. Turun sahur dengan muka 20sen... Nasib service tip top depa bagi.. Ibaratnya, akak duduk je kat kerusi diam2, nak apa2 bagitau je.. Like!


Request late check out pun tak banyak songeh.. sume ok jer.. Cuma tak best luggage kitaorang angkat sendiri.. Mungkin boy dia tak sahur kot.. Ekekekek.. Pukul 4pm kitaorang sampai Senggarang.. Syiok! Tengok2 Kak Zila and family ada.. Pergh! Geng tu babe.. Baru balik dari UK 3 minggu.. PHD dalam tangan.. Tabik! Baby made in England, Khadijah comel gila.. Baik je dok diam2.. Gang si Tasya, Fatimah dah besar panjang.. Loghat UK tak hilang lagik.. Geng Hannah si Luqman & Sumaiyah speaking dah hilang.. dan geng Soffyia, Khadijah memasing berebut buaian nak tido..




Stok malam raya 2 ketul 25shot firework & 1 ketul 130shot.. Lawan firework ngan kampung sebelah.. Takde kemalangan jiwa dilaporkan untuk budak2 main bunga api hasil pemantauan keras oleh nenek dan atok memasing.. Mak bapak budak2 dah tak ingat dunia main mercun.. Bapak tukang bakar mak tukang record.. Sedar2 baby nangis dalam buaian.. Mak bapak sapalah tu ya? :P


Tema baju raya sama dengan warna kete.. Beraya sakan tengok sedara mara.. Balik setahun sekali tau2 org ni dah ada anak, org ni dah kawen, org ni dah pindah sana sini, org ni dah bertunang dan macam2 la.. Anak2 pun happy dapat duit raya kenal dua pupu masing2.. Mommy pun tumpang happy tengok anak2 happy.. Something for them to remember in their chilhood life..

Budak manja ni sampai meleleh2 air liur beraya.. Mommy sampai cramp tangan dok pegang baby.. Beraya plak dengan kereta daddy.. Amik ubat, kaw lenguh tangan sampai ke malam..

Sebelum balik sempat tengok kebun.. Dulu semak lagi sekarang dah cantik.. Sawit pun nampak cantik je membesar.. Seling dengan tanaman pisang sementara sawit nak besar.. Tahun depan balik raya maybe dah besar sikit kot. Hope so.


Hospitality dari Jijol & family hanya tuhan je dapat balas.. Siap basuh baju 2=3 round la jugak.. Mesti bil air melambung.. :P Seminggu duk kampung memang puas.. hilang penat kerja.. kitaorang balik ke KL dengan penuh bersemangat.. Umpama batter handphone baru kene charge.. he he he..


Minggu ke-2 kitaorang jalan lagi ke Perak.. Menghantar dak Faezah ke kampus baru.. Alhamdulillah dia dapat sambung degree in accounting kat Sri Iskandar.. Semoga berjaya dengan cemerlang and wish you all the best my only dear sis!


This week memenuhi jemputan open house dan kenduri kawen sekitar KL.. Ahh.. finally dah takde travel jauh2.. Long weekend lak tu.. Minggu yang sesuai juga untuk membasuh secara pukal baju2 yang menggunung 2 minggu.. Chaiyok! Mama boleh! (Papa pun dialu2kan untuk join bersama).

 
Images by Freepik