Monday, September 29, 2008

29hb

last day kat office.

besok dalam tengah hari balik johor. walaupun tu bkn kampung aku tapi rasa bestla jugak. raya mood. ari nie kat office aku menyanyi2.. wah gembiranya.. malam nie nak packing kemas2 apa yang patut.. wargh.. baru teringat. ikan aku sapa nak bagi makan. isk. betul ke ikan 7 hari tak makan pun takpe?.

rasanya dah tade mende dah nak beli. cuma tinggal duit raya je tak tuka lagi. ingat esok baru nak tuka. sempat ke?

raya tahun nie aku tak de beli baju pun. beli utk budak2 je. last week depa mintak bunga api. papa tak bagi plak. pueh aku pujuk sampai pagi tadi dalam kete pun argue becoz bunga api. la apala salahnya bagi budak2 tu main bunga api. takut na anak dara dia kene bunga api.

semalam me, faezah (my only brood), the kid (tasya n tisya) n my mom kuar shopping for faezah. punyala ramai orang kat jalan tar. hujan plak tu. aku takutla the kid demam on raya. dapat beli tudung, sandal n blouse for my kid.

ari ni pegi keje ngan yen naik kete. aku agree utk naik kete coz memang aku rasa jalan tak jam. and my 6th sense was right!. 10 minutes to klcc from selayang. amaze!

oklah. chows

Saturday, September 27, 2008

aihh..

baru dapat tau yen salary will be deduct. nie sume laptop tu punya pasal. aduhai.. macam nak marah kat yen skang.

" yang awak gi hilangkan lap top tu apasalnya!! dah tau co punya jagala elok2 sket...."

tapi simpan dalam hati. malasla nak gaduh.

hope this will be a good experience/lesson to him. a good one!!

hope he will get promoted to the higher grade. really hope!
so that the increment will cover the deduction.

wargghh. no mood.

chows

Friday, September 26, 2008

stuck

yes. i am stuck in the office rite now. have to force my arse back to my not-so comfort chair.

yen buat hal. ask me to wait another 20 minutes. warghh. hati gua sudah memberontak utk pulang. nie yang susah nie kalau pegi keje sesama. pikir2 balik memang office gue dengan dia suke dekat2. dulu masa kat kl sentral dia pun sama. pastueh tukar jln sultan ismail dia pindah jalan pinang. ish2. tapi betul la kan kalau tak nak tu mesti dapat. tak nak la dapat.

for ur info, aku kalau pegi keje memang suka naik motor. sampai itam lah gak muka aku nie. aku plak jenis malas nak pakai foundation compat powder what-so-ever. memang kenela tue. (baru skang terpikir nak pakai cp balik). nada sesalan di situ.

so arinie cam bese aku naik motor. tapi sayangnya ari nie hujan. klcc cam memanggil2 aku untuk datang. malas. bosan. org kaya bestla. teringat satu cite. pak arab biz associate ngan company aku turun kl ngan family dia. co aku boleh bagi 98,000.00 cash utk one week stay in kl. best gilllaaa. woohoo. indonesian, office cleaner cum maid owner office aku pegi temankan keluarga dia shopping. wife pak arab tu abiskan 10k kat coach sahaja. pergh.

so bila lagi kita?

chow

Wednesday, September 24, 2008

sabar

masuk ari nie dah 23 hari aku sabar dengan budak2 office aku (non-muslim). depa2 ni suka sangat tapau makan kat office. dahtu makan chinese noodles yang sedap2 tueh. dugaan betul.

waaaa.. teringin nya makan noodles~~~~~~~~

Friday, September 12, 2008

planning raya

semalam yen balik keje sangat awal. geram sungguh. terpaksa naik putra. nasib tak ramai orang but yet have to stand all the way until setiawangsa. fuuhh lega dapat duduk. okla tueh. n then yen fetch me after 10 minutes waiting. (record nieh)

n then we head ourselves to his favourite kedai makan 'mama seafood'. suddenly nampak keta herman. aku tanya yen dia dah janji ngan herman nak bukak pose ke? aku cam malas nak join. men talk. what u expect? then yen bersungguh2 cakap dia tak janji langsung. tak kesahlah. sampai je kedai makan dah pukul 7:00. order2 la apa yang patut. skali nampak zura n herman. nasib baik ada zura. lama gak tak jumpa diaorang. borak2 n then terbukak cite balik kampung.

herman : kau balik banting ke yen?
yen : taklah. balik johor.

shahdu aku dengar. ohh. for all ur info, both our parent kat setapak n selayang. banting plak umah my atuk belah mak. n johor plak umah kakak my mother in law since atuk n nenek yen dah meninggal.

so raya nie balik johor since straight 3 years balik banting. jauhnya rasa. planning balik 30hb sampai 2hb. after that haruslah balik banting. hihihi. tengah pikir camna nak rasuah yen utk balik banting.

till then.chows

Tuesday, September 9, 2008

my weekend


nothing much happen..

friday bukak puasa dengan ex-room mate masa kat uitm bna, ekin mal n mirna.intan plak tak dapat datang... gila lama tak jumpa dengan diaorang .. last aku jumpa bina rasa2 tahun 2004.. ekin n mal 2005. mirna last month (lama la sangat). jumpa kat klcc (takde tempat lain ke?).. gossip2 tak hingat dunia... pukul 10mlm baru balik umah... gonna miss u guyzz..



ari sab2 plak, mak ajak pegi shopping curtain.. kang tak teman merajuk plak.. hihi.. hantar mak balik umah dah pukul 3ptg.. lepas tueh aku ajak yen pegi belanja.. brg dapur dah nak abis. plan nak beli kuali jugak. 2 org kenit umah aku memang sangat suka kalau aku pegi belanja. samala masa aku kecik 2 dulu.. suka ikut mak aku pegi belanja. boleh mintak biskut gulung favourite aku.. pastueh dapat makan ice cream.dengan syarat aku kena tolak trolly yang berat tue.. adik aku sedap2 je duk dalam trolley...hi hi..

sampai rumah dekat pukul 6 ptg.. aku masak asam pedas macam biasa.. pastueh sayur kobis plus carrot plus kacang buncis plus udang ... colourful sket sayur aku.. so that 2 budak comel umah aku n yen nak makan sayur.. aku goreng ikan kembung.. tu je....dalam penat2 aku boleh lagi layan astro sampai 2:30pagi.. yelah mana taknya.. kadang2 baru aku nak layan astro yen kacau nak tgk bola la discovery channel la news la takpun cita mythbuster dia tu (kdg2 bolehla layan) .. pas2 baru je dapat pegang remote tasya n tisya plak meroyan nak tengok katun... aduihh la.. aku pun terpaksa la wat keje lain.. buat laundry la lipat kain la, gosok baju la.. blablabla ....lepas layan astro sampai pagi tu aku memang sangat all out. tido tak ingat dunia..

ari ahad aku bangun 12:30. amik kau. tisya dah merengek nak makan nasi.. ahh tak larat aku nak masak. aku buat garlic bread je. nasib baik ada beli roti gardenia semalam.. sapu dengan garlic spread.. bau harum satu rumah. aku pusing je tasya merenung aku ala2 sedih. laparla tueh. takpelah sekerat hari puasa pun jadiklah. tasya siap demand nak apple juice. tisya plak nak susu. dah abis layan 2 mahkluk tu, aku pegi buat laundry..lipat baju.. pas2 yen ajak gi tesco.. saja jalan. balik singgah bazar beli kebab, samosa & air jagung.. cukupla tueh.. sampai umah dah pukul 7.00mlm..apa pun tak ready lagi..goreng ikan pastueh masak sayur kailan. nasib baik asam pedas n nasi dah masak...malam tue masing2 kepenatan... tidur awal coz esok nak keje..

itulah rotine hujung minggu gue.. a first week during ramadhan.. more or less same with a normal weekend..

ohh btw.. lupa plak.. congratulation to 2 of my friend maria elmar and siti zubaidah for their newborn daughter..

cheers.

Friday, September 5, 2008

new blog

finally dapat juga bukak blog. yeehaaa. i will enjoy writing from now... blablablablabla.
blog title still on the way..hope will capture one best word that really:really represent me.

until then. chows
 
Images by Freepik