Monday, July 19, 2010

The Wedding

Ingat tak wedding anak owner co yg di sebut2 dulu tu? Well ada member kepochi bersama2 telah mengemail kan wedding picta to me.. Wah wedding yang sungguh meletop2 macam bunyi popcorn gitu...

'Weh.. meletup2 wedding anak owner co hang!' kawanku berkata.
'Aaaaa? Mana ko nampak? Aku pun belum tengok lagi' saya berkata.
'Laaaa.. apalah zaman batu ko nie.. Meh2 email wa send' kawanku berkata..

Pergh. Pe bende la aku ni kan? Buat malu jeeee.. Hihihi.. Btw takmolah kepochi sesorang. So marilah kita melihat bersama2.. Layannnn.

Gempak tak gempak?? Ada orkestra lagiiikk. Lead by R.a.mli MS

Pre-wed shoot.



The groom & the bride

So belah laki depa buat kat Subang dan temanya adalah Alice in the wonderland katanya.. I have seen the picta but overall lebih kepada evening style saja... Kalau senang i upload okehh.. Chiowww.


Friday, July 16, 2010

Hari-hari nak muntah

Minggu lepas asyik kempunan nak makan lamb. Tengok makanan lain nak muntah. Bila aku naik penimbang tgk sudah hilang 1.5kg. Pergh mudahnya nak jadik kurus masa mengandung. Bila berat dah hilang zat pun makin kurang. Start bulan lepas tiba2 dapat penyakit selsema.. Sampai la ni tak baik2.

Yen bawak aku pi makan kat Seoul. Bersepah2 aku lenjan daging kambing. Lagi aku amik aiskrem vanila letak kacang letak jagung. Pergh!



Minggu ni tengok lamb chop (termasukla gambar) rasa nak muntah. Teringin noodle plak. Paling teringin nak makan maggi kari letak telur pastueh kuning kasi pecah. Ergghh. Yen tak bagi aku makan tak elok untuk otak baby katanya.. Yelah bang, lagi 9 bulan la baru makan.


Mi Kicap fav terbaru. Setiap kali lunch mesti tapau dok opis sambil layan movie. Terbaik!!!



Hoh... udah2 la tue.. member ajak bergosip plak.. Nak tgk gambar anak owner co aku kawen tu hari... Bukan main lagi org dok kata gempak punya majlis.. Mode cik kiah on skang.. Chowwww!

Wednesday, July 7, 2010

Gua Tempurung, Perak

Burppp.. Alhamdulillah.. Penangan makan free sempena birthday big boss dan sesi pecah kelapa untuk office baru.. So, itu bukanlah hot topic untuk hari ni.. Hari ni wa nak cita aktiviti weekend tu hari.. Yen punya department ada buat mini family day kat Gua Tempurung kat Perak sana.. Kitaorang pegi naik bas yo!.. Wa dah siap bawak bekalan plastik berbondong2 manalh tau kan?? teruweeekk dalam bas nanti.. Sapa yang susahh???

Grk dari opis Yen dalam pukul 9:30pagi dan breakfast dlm bas saja.. Wahh wa tak tidur tu.. Penangan excited nak tgk rupa gua.. Ekekekekek.. So sampai sana lebih krg 12 la pastueh terooooossss panjat naik... Semput den.

Sorry la .. Wa tak bwk kamera.. So mintak belas ehsan orgnya punya kamera sahaja.. Masa ni otw nak masuk mulut gua tue la..

Ha.. ni pandangan depan kami kat mulut gua tueh...

Dan ini adalah pandangan dalam gua.. Cungap2 naik.. Mula2 masa masuk tu memang panas la tapi ada satu kawasan tu sejukkkk sangat.. Kitaorang punya guide tu ckp gua ni memainkan peranan penting dalam mengawal suhu bumi ni.. Kira udara panas masuk then gua ni keluarkan udara sejuk.. Tipu budak tu tipulah aku yee.. So dah dalam2 tu banyak sangat bentuk2 yg menarik.. Cth mcm ada muka os..ama l.a.d.e.n, pastueh ada rupa perempuan tgh mengandung, etc etc.. Nak lebih adventure boleh turun dasar gua.. Kat situ diaorang lalu kat celah2 sempit tanpa tangga.. memang taklah aku nak pegi.. So aku duk2 je kat atas gua tu sambil tunggu org yg pegi ber'adventure'.. Sambil wa tunggu tu la boleh perasan bentuk2 menarik..

Ni tengah tunggu turn nak makan Pizza.. Lapoooo gila..

Muka2 keriangan nak makan.. Yang sebelah tu la Mr H dgn gf baru dia.. Yg 2 kenit tu anak wa la of coz... Table ni la yang paling makan tak bleh blahhh terutama laki kat tengah tu.

Ni plak aktiviti lepas makan iaitu menyelam di air terjun lata kijang.. Yang budak tembam tuela paling susah nak kene panggil naik.. Kalau boleh menyelam 3 hari 3 malam pun si Tasya ni sanggup.. Yang keding tu lain mcm sikit.. Baru nampak air terjun je mulut dah ketar2... Dan yang lelaki kacak di belakang ituexcited semacam plak mengusha awek2 air terjun.. Bak kata org sambil menyelam minum air..

Selesai je aktiviti ni kami pun pulang dengan jayanya ke rumah.. lalu terus menonton perlawanan world cup between germany dan argentina... Dan sesungguhnya selepas minit ke -4 jaringan pertama Germany aku pun terus tdoo sebab dah boleh nampak Argentina boleh kalah teruk dengan hasil permainan yang ntah kebenda ntah... Wassalam.

Tuesday, July 6, 2010

Halluuu!

Wazzup berasap?

Wa still maintain lagi.. Dah tak uwek uwek coz wa control gila2 tak mo uwek.. End up kalau pegi keje dah jatuhkan kerusi dalam kereta.. Memang pencapaian hebat la kalau tak jatuhkan kerusi sampai pegi opis.. Skang nie plak Yen mengada2 plak suh anta sampai depan opis dia plak dan aku yg kene parking kete.. Wah2 yg lambatnya aku la tuehhh..

Btw, weekend ni ada wedding kat convention centre, kira cam wedding of the year lah untuk co aku nieh.. Jodoh anak owner co aku dengan anak perempuan N>>A.Z>A group tu.... Tapi aku tak mo pi coz depa kata tak leh bwk spouse? Pe jadahnya aku nak tenggelam timbul sengsorang kat wedding tu.. Sebok betul opis aku skang buat giveaway utk para jemputan.. Belah laki depa buat kat Subang jerk.. Ada gak bdk2 yg kena pi belah Subang sebab kena bagi bunga telur. Kah kah kah kessiiiaaannn.. Udahla temanya Alice in the Wonderland.. Tergelak pecah perut skang... Macam2 betul kerenah org berduit nieh kan? Nasib la sapa yang kene pegi tu.. Udahla eventnya hari Sabtu malam pastueh tak dapat replacement cuti ke apa... Apakah mentaliti org2 berduit nie... :P Kesiiiiaaannn (ala2 P Ramlee)..

Oh ya hari Isnin hari tu aku bersilat dengan anak aku si Tasya nak suh dia pegi sekolah.. Mak aihh punyala liat nak pi sekolahhh.. Aku dah kejut dia suh mandi.. Aku ingat dia turun pi mandi rupanya sambung tdo kat bawah... Memanng bersilat cakra harimau la kann.. Sudahnya aku pi anta sendiri sampai kelas pukul 8pagi.. Dalam hati dah cam takot2 pe bende la aku nak merepek kan dengan cikgu dia nie.. Sekali nasib baik ada perhimpunan daaaaa.. Ngam2 je perhimpunan tu habis.. So selamat di situ..

Tiba2 aku teringat pasal kad cucuk baby tue... Korang tau tak kad tu kene simpan sampai anak kau nak masuk darjah 1.. Sebab masa aku register Tasya masuk sekolah kad tu kene bagi kat depa.. Sampai skang aku masih hutang kad tu kat cikgu tasya padahal ntah mana dah aku campak kad tu.. penah la aku pi balik klinik check-up mintak rekod salinan.. tapi depa kata depa simpan rekod up to 6 years saja..

Apa lagikkk? Ya Argentina sudah kalah maknanya mood tengok bola sudah hilang.. Kalau nak sokong pun any team against German akan menjadi pojaaan hatiku.. So Spain here i am terimalah peminat baru andaaa!! Since sotong ajaib tu pun pilih Spain memang dah kompom la Spain menang nieh!

Ya ada lagiiii, skang nie mood memasak berada dalam keadaan temperature yg mencanak2.. Buat pertama kali, semalam wa masak ikan singgang.. Layan gakla cuma kurang pedasss.. Saja try2 masak lauk org pantang ni.. Nanti senang nak masak di kemudian hari.. Juga mood skang suka makan bende2 berair2 yang bersup2 yang masam2 yang ikan2...

inilah hasil masak ikan wa semalam... mak aihh huduh betul masakan nie.. ya ampun!.. wakakakaka... tengah masak boleh plak asam keping takdak, dah tu letak asam jawa la jawabnya...

ha ni sayur faveret laki aku.. bayam.. ishhh yen ari2 makan bayam pun takpe.. anak2 pun suka... penah sekali tu Yen confuse bayam ngan kangkung.. dia kata dia suka gila makan bayam tapi pegang sayur kangkung kat market.. apakah?

So hari ni wa nak masak apa?
 
Images by Freepik