Wednesday, September 5, 2012

Check saman kat Singapore

Haaaa... continue dari cerita sebelum ni.. disebabkan aku dah letih gilaaaa dengan traffic light masa nak cari hotel, aku main redah je semua traffic light kuning.. kesian ayah aku yang follow belakang confirm la kene sebab dah tentu waktu aku nampak kuning dia dah nampak merah.. masa tu dah redha gila kalau kene saman bila nak keluar nanti saman jelahh.. sebab dah penat sangattt.. masa tu pikir katal bantal je nak letak kepala..

bila dah sampai hotel rileks.. perut pun dah kenyang terus cam menyesal gilaaaa sebab melanggar lampu isyarat di singapore.. wah terus terbayang orang buang sampah pun kene saman apatah lagi aku yang berbakul2 traffic light aku redah (seriouslyyyy lampu isyarat dia banyakkkk gilaaaaa).. so aku dengan tawakal diiring doa mak aku yang serious cuak bila aku cakap hal ni terusla menggogglee.. so guys kalau nak check summon korang kene taip website ini :

https://www.psi.gov.sg/NASApp/tmf/TMFServlet?app=SPF-PTD-EDDIES-II&Reload=true

pastu muncul :

then pegi kat outstanding traffic offence button merah tu.. lepas tu nampak perkataan enquire by : foreign registered vehicle number, ko tekan butang proceed.

pastu ko nampak foreign vehicle no :
ko tulis la no plat keta.. pastu proceed..

sebalum tekan proceed tu banyakkan berselawat ekkk kot2 laa takde rezeki kene bayar saman.. hahahahahaha..

best of luck!

Tuesday, September 4, 2012

Bawak masuk kereta pegi Singapore

Wah tajuk tak hengat punya broken BM.. Sementara semangat memblog tengah berkobar2 ni baik aku cecepat update mana yang boleh memberi info kat korang, korang dan korang.. sesapa je lahh..
 
nak masuk singapore pakai keta takyah pun bawak document2 kereta.. so kalau dah setengah jalan baru teringat tak bawak tahniah! anda masih bernasib baik.. since keta tu under nama aku, aku pun tak sure whether pemilik kereta kene bagi authorise letter untuk ko drive keta dia. paham tak? tak paham?
 
ok.. aku bagi senario aku je lah senang.. begini ceritanya.. aku dan family aku naik kereta yang didaftarkan di bawah nama aku untuk masuk singapore.. so masa ko nak masuk tu.. ko pi cop imigresen cam biasa melalui jalan kereta (dah kata ko naik kereta takkan ko cop passport kat pejalan kaki kan?).. so lepas dah cop ko kene terus beli autopass.. tak silap aku ko kene pi tower b.. so lepas ko dah cop passport ko terus drive pegi tower b.. ko kene ada isi borang transport authority ala cam jpj punya form la.. dia mintak nama pemilik kenderaan i/c bla bla bla..

Contoh autopass aku rembat dari blog sapa ntah..
so kat tower b tu ko kene register kereta dulu sebelum ko dapat beli autopass tu.. so dah register yang mengambil masa kurang dari 10minit, ko boleh masuk ke dalam untuk membeli autopass itu.. tak mahal pun SGD10 je.. dalam tu ada prepaid sgd4..meaning harga kad tu sgd6 sahaja.. fyi kat singapore ni semua guna benda autopass ni dari ko nak bayar tol sampai la ko nak bayar tiket parking kereta.. so kalau feel nak merayap kat singapore siap2 la top up autopass ni.. nak top up autopass ni takleh buat kat tower b tu.. lepas blah dari imigresen ko pi cari 7eleven utk top up..
 
autopass ni agak penting sebab ada satu cina dpn aku imigresen tak bagi lepas sebab autopass dia ada problem.. bila check2 dia kata cam ada problem la.. so dia tak leh masuk singapore tu.. so dgr dia cam merayu2 org tu cakap pada sekian2 haribulan siapa yang  bawak kereta ni masuk singapore, so dengan confident dia cakap dia yang bawak.. bila officer tu mintak passport dia nak tgk betul ke apa dia cakap dah menggelabah sebab sebenarnya bukan dia tapi mak bapak dia.. so officer tu suh panggil mak bapak dia.. perghh kalaulah mak bapak dia takde dalam kereta waktu tu, takke cam punah je harapan nak bercuti kat singapore gara2 takleh bawak masuk keta.. celah mana nak parking keta kat jb?.. so be careful la sket.. sebab singapore ni semuanya ikut peraturan.. so kalau member2 nak pinjam autopass sendiri mau ingat la..

lagi aku tak paham diaorang ada highway kat town mcm gambar kat atas ni.. sebab diaorang tak ada toll tiket so aku tak paham macam mana diaorang nak deduct charge highway dari autopass aku.. aku tgk rakyat singapore cam ada devise (similar to our smart tag) yang diaorang attach dengan autopass.. tapi aku takde pun beli devise tu.. aku main redah je masuk erp.. banyak kali lak tu.. semua gara2 sesat nak cari hotel.. like seriouslyyyyyyyyyyyy nak u-turn pun aku takut kat situ.. sebab takut kene saman.. memang tobat gilaaaaa nak masuk lagi pakai keta..

Monday, September 3, 2012

USS Singapore - Here i come!


Finally kitaorang dapat bawak anak2 ke USS.. Actually USS is part of the sentosa island.. dari hotel kitaorang stay which located at Clarke Quay hanya hadap 3 station je before kitaorang sampai kat harbour station.. tiket train sgd2.5 tapi dia amik deposit sgd1 so tiket fare actually sgd 1.5 je.. dah sampai harbour station tu kene amik train lagi nak pegi sentosa island harga tiket sgd3.5 return.. banyak je lagi tempat kitaorang tak explore kat sentosa islands tue..
 
uss entrance i dont remember how much tapi total bayar for 3 adult 2 kids around rm700 to 800 if i'm not mistaken.. oh ya if u are using mastercard to pay ada discount 20%.. so masa nak bayar kat counter kene mention dulu nak bayar using mastercard or else u need to pay ticket without discount.. anyhow kitaorang tak habis tour pun kat uss sebab kitaorang pukul 2petang baru masuk..dahtu beli normal tiket.. booth ticket memang takde orang tapi bila nak main tu sangat hazab gilee. oh ya kalau ada duit lebih baik beli express tiket.. wlaupaun agak mahal sikit tapi sangat berbaloi.. let say kalau u all nak ride taking 45 min waiting time using normal ticket, kalau guna express ticket was 45 seconds waiting time! Awesome takkkk?? oh ya baby below 2 years foc..


Our little family at USS entrance



Then dalam tu semua game free la of course.. dah bayar mahal2 takkan kene bayar pulak.. masa banyak habis tangkap gambar layan anak buat susu anak.. so kalau korang nak habis tour kene get ready every single thing.. tu pun aku ada adik banyak tolong.. btw let say lupa bawak stroller jangan bimbang coz diaorang ada provide.. bayar sgd10 to sgd 50 depends jenis stroller/electricity chair(disabled/orang tua)..
 
Left to Right - Double stroll SGD15, Single stroll SGD10, Wheel chair (not sure), Electricity chair SGD50. No deposit required.
 
Food court ada banyak.. kitaorang makan kat food court jurassic park.. makan 4 set nasi ayam/noodles air ngan soup total sgd 50.. pasal bawak makanan masuk aku rasa boleh je kot.. macam ko masuk sunway lagoon la.. kalau kantoi nasib la kene buang.. tapi kalau tak kantoi selamat la duit.. hahahahah btw aku punya beg tak kene check pun masa masuk tu..
 
Food court Jurassic Park - Tak ramai orang pun waktu ni
 
Park tutup kul 10 mlm to 11 mlm tapi ride pukul 7mlm dah habis dah.. malam tu ada concert makan2 tapi kene bayar extra dalam sgd25 per head.. so kitaorang takde pun bayar extra.. just amik2 gambar beli barang pastu chowws balik..
 
Soffyia layan maknya nak ambil gambar dia. Pasrah la tu agaknya.. Ekekekeke!

 
Overal USS oklah.. nak kata best memang best sesuai la dengan harga tiket.. nak kata tak best takde lah tak best.. so camna tue.. so kalau korang nak pegi kene banyak plan. nak2 gi bawak anak kecil.. mostly game maknya tak dapat main.. sebab kene jaga baby.. hahahha.. oh ya lagi satu kat dlam tu ada water cooler.. so tak yah risau.. of course FOC.. yang penting kene bawak botol air.. sangat2 perluu.. kalau tak melayang la duit asyik nak beli mineral water..
 
Shrek 4D is a must!
Weeee.. tempat yang wajib amik gambar..
 
Keluar dari USS around 10pm.. penat gilaaaa... kaki rasa nak tercabutt... nasib soffyia tak meragam.. balik hotel terus tido sampai esok pagi.. esok pepagi layan breakfast bdk2 dah siap2 terjun swimming pool.. cukup 3 hari 2 malam kitaorang stay kat singapore... totally different dengan malaysia.. i love malaysia more of course.. sini makan susah gila nak cari halal food.. dah dapat halal food pulak tu tak sedap.. till then guys.. selamat hari raya & selamat hari merdeka..
 

 
Images by Freepik