Tuesday, September 4, 2012

Bawak masuk kereta pegi Singapore

Wah tajuk tak hengat punya broken BM.. Sementara semangat memblog tengah berkobar2 ni baik aku cecepat update mana yang boleh memberi info kat korang, korang dan korang.. sesapa je lahh..
 
nak masuk singapore pakai keta takyah pun bawak document2 kereta.. so kalau dah setengah jalan baru teringat tak bawak tahniah! anda masih bernasib baik.. since keta tu under nama aku, aku pun tak sure whether pemilik kereta kene bagi authorise letter untuk ko drive keta dia. paham tak? tak paham?
 
ok.. aku bagi senario aku je lah senang.. begini ceritanya.. aku dan family aku naik kereta yang didaftarkan di bawah nama aku untuk masuk singapore.. so masa ko nak masuk tu.. ko pi cop imigresen cam biasa melalui jalan kereta (dah kata ko naik kereta takkan ko cop passport kat pejalan kaki kan?).. so lepas dah cop ko kene terus beli autopass.. tak silap aku ko kene pi tower b.. so lepas ko dah cop passport ko terus drive pegi tower b.. ko kene ada isi borang transport authority ala cam jpj punya form la.. dia mintak nama pemilik kenderaan i/c bla bla bla..

Contoh autopass aku rembat dari blog sapa ntah..
so kat tower b tu ko kene register kereta dulu sebelum ko dapat beli autopass tu.. so dah register yang mengambil masa kurang dari 10minit, ko boleh masuk ke dalam untuk membeli autopass itu.. tak mahal pun SGD10 je.. dalam tu ada prepaid sgd4..meaning harga kad tu sgd6 sahaja.. fyi kat singapore ni semua guna benda autopass ni dari ko nak bayar tol sampai la ko nak bayar tiket parking kereta.. so kalau feel nak merayap kat singapore siap2 la top up autopass ni.. nak top up autopass ni takleh buat kat tower b tu.. lepas blah dari imigresen ko pi cari 7eleven utk top up..
 
autopass ni agak penting sebab ada satu cina dpn aku imigresen tak bagi lepas sebab autopass dia ada problem.. bila check2 dia kata cam ada problem la.. so dia tak leh masuk singapore tu.. so dgr dia cam merayu2 org tu cakap pada sekian2 haribulan siapa yang  bawak kereta ni masuk singapore, so dengan confident dia cakap dia yang bawak.. bila officer tu mintak passport dia nak tgk betul ke apa dia cakap dah menggelabah sebab sebenarnya bukan dia tapi mak bapak dia.. so officer tu suh panggil mak bapak dia.. perghh kalaulah mak bapak dia takde dalam kereta waktu tu, takke cam punah je harapan nak bercuti kat singapore gara2 takleh bawak masuk keta.. celah mana nak parking keta kat jb?.. so be careful la sket.. sebab singapore ni semuanya ikut peraturan.. so kalau member2 nak pinjam autopass sendiri mau ingat la..

lagi aku tak paham diaorang ada highway kat town mcm gambar kat atas ni.. sebab diaorang tak ada toll tiket so aku tak paham macam mana diaorang nak deduct charge highway dari autopass aku.. aku tgk rakyat singapore cam ada devise (similar to our smart tag) yang diaorang attach dengan autopass.. tapi aku takde pun beli devise tu.. aku main redah je masuk erp.. banyak kali lak tu.. semua gara2 sesat nak cari hotel.. like seriouslyyyyyyyyyyyy nak u-turn pun aku takut kat situ.. sebab takut kene saman.. memang tobat gilaaaaa nak masuk lagi pakai keta..

2 comments:

Dean/Eye said...

Pakai gps la bro

Dean/Eye said...
This comment has been removed by the author.
 
Images by Freepik