Friday, January 27, 2012

CNY 2012 : Cameron Highlands

Cuti panjang ni kitaorang bawak bebudak jalan jauh sket naik bukit.. Gerak kuar hari sabtu dalam pukul 11 pagi camtueh.. pap! jam dah start dari rawang.. yen bawak keta kejap masuk tol kejap kuar tol pastueh masuk balik dengan harapan jam makin susut.. konon2 je la... memang teruk gila jam.. 8 jam kitaorang stuck dalam kete nak sampai cameron.. tuepun berenti isi minyak, buat susu soffyia je.. takde makan2 org penuh gila kat rnr.. tension gila.. sampai atas kitaorang terus walk in masuk Equatorial Cameron Highlands .. memang expected la hotel memang penuh tapi kitaorang cuba nasib je kot2 ada bilik kosong.. takde maknanya.. kitaorang amik one bedroom apartment.. hampeh gila! serious memang tak berbaloi langsung dengan $$$ yang kuar.. boleh plak dalam bilik tv tak kuar gambar tapi kuar suara je? bdk2 dah conquer tv kat hall siap2 .. memang bengang sangat lah.. grrrr.. malam tu kitaorang terus kuar cari makan.. lalu kat pasar malam berinchang tapi dah tak larat nak jalan2 pilih makanan.. last2 kitaorang makan kat fauzi tomyam.. makan steamboat..











lepas breakfast kitaorang cabut kuar pindah hotel lain.. pindah bawak masuk barang, buat susu terus zassss kuar.. jaln punya jalan kitaorang jumpa Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands .. with the same $$$ with equotorial, tapi lagi best.. smell good, tv good, toilet very good... highly recommended.. budak2 siap bergolek2 kegembiraan dan mak bapak budak terlantar kepenatan yang tak habis dari semalam..






lepas je check in bebudak dak ngadu kelaparan.. we notice beside the hotel there is a restaurant called Glory 78 Steamboat Snack Corner .. makan steamboat lagi.. hari ke 2 we just feel lucky coz everything seem to be perfect.. good hotel & a good food.. then kitaorang terus terjah tempat2 menarik kat situ.. as usual la aktiviti memtik strawberry adalah paling wajib sekali.. dan aktiviti2 seanteronya.. kitaorang sempat jugak singgah pasar malam tu dan me & yen try makan sarang lebah.. harga rm2 sepotong.. geli tapi cuba jugaklah... then hari ke 3 on the way back to kl sempat la singgah kat ladang teh Cameron Bharat Plantations & Highlands Apiary Bee Farm, Cameron Highlands .. beli teh & some souvenir.. tapi yang paling sedapt kat Cameron Highland ialah jagungnya! Rugi tak cuba!

Monday, January 9, 2012

monday morning

yo.. masuk keje office lengang giller.. member sms sangkut kene road block.. :( tak dapek la nak breakfast... buat oat je la kat pantry gamaknya.. mak tiri pun maybe tak masuk since she need to attend the pre-opening ascott kat manila.. yahooooooo!! one week i'm free like a bird la la la.. dah siap2 plan ngan member nak menular lunch jauh skettt seperti makan ikan bakar di istana? or maybe makan chinese food kat kampung baru? atau pun makan kat staff cafe dan kemudian menular ke klcc? wah wah wah hebat sungguh perancangan saya di situ.. :) let see! (beth! where are you???)

btw i have a lot of resolution this year but i dont feel like i want to share.. akan tetapi jika saya mencapai azam itu saya akan share okay? with that every single minutes is precious.. time is golden!

alamak sahabat2 office sudah mula masuk.. takde rezeki nak tulis pepanjang.. ok 2012, bring it on!

Friday, January 6, 2012

twenty twelve

bebudak dah selamat register sekolah. punyala penat terkejar2 daftar tapi seronok sangat. time daftar anak adalah saat yang ditunggu. almaklumlah masa ni bapaknya macam takde sekat2 nak bershopping. sambil menyelam minum air lah emaknya. sambil beli brg anak sambil menyelit barang emaknya.. ekekekekek.. itulah dinamakan bijak berbelanja.. haha

cuti sekolah takde pi mana2.. bapaknya sebok nak exam bagi canla bapaknya lulus.. lepas ni nak pi bercoti please!!

Saturday, December 31, 2011

welcome 2012

goodbye 2011

update soon :)

Saturday, November 26, 2011

Suka suki di hari keluarga

Gigih dok google cari costumes shop. Shortlist 2 kedai yg dekat dgn opis.. Wisma Central & The Weld.. With limited option in my hand, i chose the weld. Nama kedai Costumes N Parties .. Load of costume & accessories.. In fact The Weld tak penuh cam KLCC.. Jadiknya takdelah kejadian langgar stroller berlaku.. Memang nyaman sekali sih!

paling susah nak pilih baju untuk Tasya.. Sume tak muat and at last amik adult costumes.. She opted to be a maiden indian .. Hannah pilih untuk jadi leopard dan baby Soffyia mama pilih untuk jadi baby elephant.. Argh! baby costumes sume comel2 belaka!




Kids at entrance before begin to hunt the prezzie..






Mommy & daddy hunt for the food!



Thursday, November 3, 2011

Workaholic

Dulu kecik-kecik tgk drama kat tv tengok plak cerita pasal mak bapak yang selalu balik lambat anak dah tido, pastuh anak jadik tak baik selalu cakap pada diri sendiri 'Apalah mak bapak asyik keje tak pikir pasal anak!'

Sekarang amik ubat akibat mengata orang dalam tv je pon, tempias terkena gak pada diri sendirik... Adoi.. Hidup wa sekarang sangat terkejar-kejar.... Let put aside 'Busy is good'. Mungkin baik satu sudut tapi satu sudut yang lain? Masa ni la baru terfikir perkataan KALAU.. 'Kalau lah aku ......., kalaulah aku ......., dan kalaulah aku.......

Nasib baik hot fm waktu pagi sentiasa menceriakan hidupku di waktu pagi, adalah masa nak tergelak.. Hilang sikit pressure kat situ.. Tapi bila masuk office sentap! Terus jadi robot non stop.. What da hell! Aku memang bengkek habis.. Kalau lah tak mengenankan (see? perkataan kalau jugak menjelma)..

Lagi best relationship wa dengan husband.. dah ala-ala suam kuku.. nak pegi bercoti pun alahai ntah bila la woiiii.... agagagaggaggaagag.. oklah nak jumpa boss.. my turn now. chow!

Thursday, October 6, 2011

Membukak rumah

Walaupun raya dah habis, aku masih buka rumah buat mak bapak, sanak saudara dan sahabat handai dengan hidangan utama adalah :


.


.


.


.


.


.


.


.





Tade mood nak menulis panjang.. Cerita2 open house adalah sama sahaja seperti orang lain.. Makan + gelak + makan + borak + makan + makan = Kepala weng sehingga ke hari ini gara2 terlebih dos kambing golek.