Monday, July 20, 2015

Raya 2015


Selamat Hari Raya!

Nampak macam well prepared je bila tengok kaler baju raya tahun nie kann.. Padahal terjah Jakel petang sebelum raya. Husband suh beli baju kaler hijau. Jenuh menggelupur carik baju kaler hijau last2 sekali bila tengok pic husband pakai kaler biru. Motif? Nasib baik tudung kaler biru tua.

Raya tahun ni walaupun tanpa suami kat di sisi gigih gak drive balik kampung belah suami kat johor. Bebudak request nak balik johor sebab katanya lebih meriah, lebih suasana kampung, lebih banyak duit raya. Me ok jer.. Dah jadi ibu memang anak2 my priorities. Apa yang buat mereka happy aku pun happy je. Location tangkap gambar ni memang favourite rumah aku kalau balik johor. Dia punya hospitality memang tip top. Makanan banyak dan sedap2!

So kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada kawan2 blog merangkap kawan2 sekolah jugak sebenarnya dan juga kepada silent reader yang suka sangat baca blog aku yang suam suam kuku ni. Doakan aku ada mood nak menulis sebab sekali enjin dah mula menulis blog memang menderu2 new post masuk.

Oh sebelum tutup cerita, aku nak post satu special entry untuk husband aku yang jauh kat Labuan sana.

Mama ucapkan selamat hari raya kepada papa dan mama minta maaf di atas kekasaran bahasa, intonasi suara mama pada papa yang buat papa tersinggung yang buat papa terasa yang buat papa rasa macam mama tak respect papa. I am truly sorry.


Gambar ni contoh contoh yang boleh jadik intonasi suara jadi tinggi bila ada arguement kaler hijau ngan biru. T_T Well yeah this is my husband with baju melayu teluk belanga kaler hijau tua (kata mata husband aku) / kaler biru (kata mata aku).

Sapa team biru angkat tangan!

2 comments:

PixiePwincess said...

LOL xpe. laki den pun buta warna! selalu gaduh pasal kaler.
anyway anak2 dah besar, mcm sisters sangat!

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 
Images by Freepik