Thursday, July 30, 2009

I ♥ u

yey. dah pandai guna setelah membaca entry mrs kwon.

I ♥ yen

Our fav ♫ cari jodoh by wali ban.

☺ ☻

Monday, July 27, 2009

Bali trip - Finale part

Lepas kitaorg pegi tanah lot naik motor, tak berani la plak nak merempit pi besakih. So kitaorg rent pak supir. Chisss.. dapat supir yg super hampeh gile... Benci.. Gila2 kene ketuk kat besakih ni. Besakih nie ialah tunjang kepada temple2/pura2 yg ada kat BAli. Memang besar gile n panjang gile. Ada 7 tigkat. Memang semput gilee..



Ni sebelum nak naik temple tu..



Warm up dulu.. Tingkat pertama.


Kebetulan ada upacara kat tingkat berapa ntah.. Wohhooo penat nok.


Tingkat ke 3 kot.

Ok lepas tu kitaorang pegi pusat pentadbiran pertama di BAli. Masuk sini pun kene pakai sarung.


KAt tempat ni satu2 nay ada patung orang belanda.


Ni gambar putera keturunan pewaris takhta BAli.


YAng ni plak mak dia.


Ni gambar camana penduduk bali fight dengan askar belanda.

Hari2 terakhir kat Bali, kitaorang lepak2 kat pantai Kuta. Pantai ni kau baru duduk je ramai je org nak polish kuku la nak wat rambut la, nak urut la. PAstueh kalau nak belajar surfing dia charge area rup 200k..


pantai kuta yg glamour untuk surf. Ombak tinggi walaupun kat pinggir pantai. So sapa tak reti berenang boleh je surf.


Area depan pantai kuta.


Zoom dari dalam pizza hut. Harga pizza aku rasa murah sikit. PAstueh makanan dia agak lain.


Ni soup.. Mcm kat malaysia soup sume creme mushroom or chicken. Tapi kat bali slightly different. Ada tomato soup n clear chicken soup. Tomato soup agak layan compare ngan clear soup.


Nyum2.. RM5 saja... Sodapppppp.


Kalau nak mintak sos cili kene ckp sambal. Kalau tak memang sampai sok malam la kau menunggu sos cili kau.


Layan...


Ok.. habis pun entry Bali... So pengalaman aku.. Kat sini diaorang memang suke mintak tips. Even masa kat Besakih 4 kali kitaorg kene ketuk.. Kene siap2 tukar duit kecik.. Jgn sekalai2 tunjuk rup100k kat depan diaorang.. PAstueh kalau nak pi melawat2 pura @ temple siap2 beli sarong coz memang setiap kali nak melawat temple kene pakai sarong.

Ok... Chow.

Friday, July 24, 2009

Bali trip - Intro part


Makan2 @ LCCT

Beli bekalan @ duty free area

airport bali

peminat wali ban sesat di ngurah rai airport

our budget hotel from my left side

our budget hotel from my right side

sewa motor 24hours @ Rup50k [takyah lesen takyah i/c apa2 pun takyah asal rupiahnya mau]

isi bensinnya dulu pak [isi petrol]

petrol dalam botol [rup5k per botol]

terlampau excited nak tangkap gambar dengan sawah padi.

sudah sampai tanah lot

berlatar belakang kan temple/pura/kuil tanah lot

jejaka yang bersungguh2 mau ke tanah lot

lunch di restoran padang di tanah lot yg berharga Rup75k untuk 2 perut.

Padi yang ditanam hanya di tepi jalan. Boleh dikatakan tanah2 sume fully utilised. Takde langsung kawasan yang tak ada tanaman.

Kali ni tangkap gambar dengan padi yang dah masak pulak.. cannttiikk gila.

Laki aku memang rock. Main redah pi tanah lot dengan motor....

Jejaka bugis dengan motor sewa berlatar belakang sawah padi..

area2 perkampungan di tanah lot

matahari mall yang paling dekat dengan pantai kuta.

pantai kuta yang pack gila dengan jalan yang sempit dengan kereta yang banyak dengan jalan sehalanya.

ini legian. tempat yang kene bom kat bali. kat belakang tu ada nama2 mangsa2 yang terkorban. Paling ramai terkorban adalah rakyat Australia. Malaysia takde.

Kawasan nie dulu sebelum jadi tugu adalah bar yang sangat2 happening.

Kedai2 di sekeliling tempat yang kene bom yang memang happening. No wonderla kene bom.

makan pizza yang lagi best dari makan kat area2 tu.

wahhhh...... terrornya..

ok update lagi esok. chowwwsss

Wednesday, July 15, 2009

Gedik ke suara aku?

Semenjak hp dah nazak ni, yen selalu call opis. Pastueh suka ajuk2 aku 'Hello account' 'Hello account' dengan suara sengau dia tu. Yelah aku admit tone tak sama bila kat umah. Haruslah kan? Eh normal ok. Mak aku pun dulu camtu wat. Dulu lepas balik sekolah harus kene call nak tanya berapa pot nak masak nasi. Bila call opis mak, 'Hello boleh cakap dengan Puan Mas' Mak aku tone yang tak sama kat umah akan menjawab 'Ya, Puan Mas bercakap'. Memang lemah lembut dan gemalai suara mak aku.

Aku bet la semua orang sama wat bila angkat call kat opis. I'm still a normal people, dude!

Alhamdulillah berjaya puasa yg ke 2 harinya. 5 days to go.......

Tuesday, July 14, 2009

Weekend getaway

Me, Yen & the kid had different activity last week. Mak call on friday to ask permission spending few days with with both of them. Laju je aku menjawab ya, boleh. Why not? Friday nite after work, peluh2 aku kemas baju budak and zassss hantar umah mak. Yeehhooo. Then lepak for few hours n balik cepat2 untuk layan fav channel. Yen plak awal2 dah tdo kat bilik sebelah al maklumlah tidur mengalahkan baby langsung tak boleh ada bunyi. Melainkan bunyi hujan yang terkena pada atap (Fav melody). Terkedip2 mata aku layan tv sesorang tanpa gangguan.

Sabtu yen mcm biasa kelas. Paksa yen hantar pegi mall before dia gi kelas. Heaven jalan sorang2 kat mall tanpa gangguan. Teringat plak colgate kat umah dah habis, singgah jap beli. Amazing aku bayar betul2 harga untuk colgate dan yakult sahaja. No keropok2 no gula2 no buku colour2 No sayur2 No ikan2 No cili kering2.. Hohohohoo.

Then terus cari kedai makan pastueh beli magazine n cari pc game n zassss balik. Balik layan games sambil minum yakult dan choc bar. Sambil membasuh baju.. Huu layan sampai petang aku basuh baju.. Layan tv sampai yen balik n tdoo.

Hari ahad aku dah tergagau2. Waaaa rindu plak rasa kat budak 2 orang tu. Yen pagi2 dah gi kelas. Baju pun dah abis basuh. Nak keluar makan pun malas. Melayan tv je lah. Cite pun tak hapa2. Benci plak aku nengok muka tukang magic tu. Balik2 muka hitam kau je yg kuar. Last2 tdo.. Celik bijik mata pun masih sorang2 kat umah.. Psycho gilaaaaaaa...







Out of topic.. ari ni 1st day aku ganti puasa.. Ada lagi 6 hari nak ganti. Pelan2 ganti.. Just for my remarks..

Chow.

Tuesday, July 7, 2009

Pening lalat

Kepala pusing tak ingat. Pagi nie sikit lagi aku nak tepek solution kat muka. Betul2 aku ingat toner sekalik 'eh pesal bulat semacam toner aku?' Waduh pak mintak diampun! Kat opis keje berlambak2. Maklumlah aku ni suka simpan2 kerja. Hokhokhok. Tengok pc skang nie pun rasa mcm berpusing2 biji mata. Eh kejap.. Adakah aku telah meletakkan toner di lens case aku?.. Oh mungkin tidak. Aku masih waras.

Hari ni ada makan2. Birthday boss aku. Secretary dia adalah collect2 duit. Tapi dept aku sume wat keras tak mau contribute. Kitaorang pakat2 beli sendirik. Mengikut kata senior aku every year boss aku bagi hadiah ratus2 kat secretary dia & kwn baik dia. Jadik bila boss aku punya birthday, solution mudah si secretary & kwn baik dia adalah mencollect daripada kitaorang semua. Mana boleh nyah. Konon2 mcm 'in return' la.. Adala aku tanya ngan senior aku 'si boss tu tahu plak birthday si secretary & kwn baik si secretary tu?' Senior aku menjawab penuh bergaya ' Alah, bila time si birthday secretary, si kwn baik secretary akan mengingatkan si boss. So sebagai membalas jasa, bila birthday si kwn baik, si secretary akan mengingatkan si boss itu'. Waduh pak, ini orang pun ada ke? Amacam terbaik tak jenis2 manusia opismate aku?

Sudah bau nasi beriyani. Happy birthday happy birthday to my handsome boss~

Friday, July 3, 2009

OBSESSED




sangat obsess nak tgk cite nieh sebabnya?
obses nak tgk b**** kene dump.
ekekekekekeke

Thursday, July 2, 2009

Kawan kawen2 & adam apple

Congratulation to Intan & Amalina. Insya allah aku akan sampai dengan selamatnya di majlis itu. Dan macam biasa aku kene inform Beth yang konon2 sangat bz memanjang itu. Ekekekekekek....

Intan, kad kau dah selamat sampai kat umah aku.. Yen tengok macam wah.. Siapakah gerangan Dr Tengku Nor Asmawati? Mantap sungguh nama itu. Nanti bila anak aku dah besar bolehlah aku berbangga 'Ha, dr ni dulu duduk sebelah mama dalam kelas tau. Anak mama nanti dah besar jadi doktor macam kawan mama ya' ... Hahahah.. Berangan nak lebih. Bagi can la sesekali aku nak berangan. Ama, jemputan facebook sudah ku terima daripada nisya. Insya allah juga aku akan sampai ke destinasinya.

Aku tak kisah pun orang pakai facebook ke frenster ke kad ke, kalau jemput insya allah aku datang. Tak silap aku dulu masa aku nikah aku jemput pakai community zero, if i'm not mistaken la... Tapi memang almost sume kawan aku datang. Terima kasih kawan2... That's y kalau batch aku kawen aku rasa cam apa je tak pegi.. Pada kenduri yang aku tak dapat datang mintak maaf le bebanyak.. Tak datang kenduri kawen, datang time korg deliver pun ok apa... Kalau dijemput le..

Out of topic, cite pasal megan fox yang konon2nya lelaki.. Yup aku admit she has an adam apple. Tapiii.. alah takkanlah kot... Tapi lah kan, so far dalam family aku yen je la ada halkum.. Yg lain tarak.. So is it true?? Wehhh gila ke apa.

Daaaaaa.
 
Images by Freepik