Wednesday, August 11, 2010

tengah merajuk ni!

Rasa ngantuk tak mo hilang2.. baru pukul 10:40am tapi tekak dah sakit.. pagi tadi terlupa plak nak minum air bebanyak.... kepala weng satu macam.. tak cukup tido..

........

malam tadi merajuk ngan suami lari tido bilik depan..
pusing kanan pusing kiri sampai 12 tengah malam standby
'bila la suami nak datang pujuk ni'
cisss.. tak mo pujuk ya! takpe takpe.. amik hp reset alarm from 4:30am to 6:15am.. tak mo kejut sahur! cepat2 tegok air cepat2 tido cepat2 niat..

........

'ma, tepi sikit' buat2 tak dengar..
suami menyelit asal boleh... kesian pulak.. mengesot si isteri ke tepi sikit..
ishhh pukul berapa ni? mana plak hp ni? aduuhhh sebelah suami plak letaknya..
takkan nak mintak suami tolong amikkan! tengah merajuk ni!!!

dapat pun! bangga dalam kegelapan takyah mintak tolong suami!
hoh? pukul 3:15pagi? cepat2 reset balik 4:30pagi..
cepat2 tido..

.........

pukul 4:30am hp bunyik suh bangun..
'bang, nak sahur ke tak?'
'hermmm' jawab suami

hp snooze lagik.. pekak telinga!
'bang! nak makan ke tak?' diam.
'bang nak sahur ke tak!' goyang2 tangan si suami..
'ye ye.. 5 minit 5 minit' suami pusing ke utara..
si isteri pusing ke selatan, off alarm.. cubaan berani mati tido 5 minit tanpa alarm..
mak kata malaikat akan kejut kalau betul kita nak bangun..

.......

wahhhhh dah pukul 5:30!! bangun banggggg minum air cepattttt...
gedegang gedegang lari turun tangga pegi dapur... minum2 cepat!!!!
pandangan sayu sang suami pada asam pedas atas meja..
uhhh!! penat marathon.. peluh2.. alhamdulillah dapat jugak minum air.

mata terkebil2.. tgk hp.. 4:45am..
'bang bangun bang! yang turun dulu'
turun tangga pelan2.. penat marathon tak habis.
macam cite inception da...

.........

bukak gate, hidupkan enjin, turunkan seat, tido..
suami drive senyap2.. bagus tenteram waktu tido.. kan tengah merajuk!
silent treatment.
'yang rm2 yang'.. nah. sambung tido..
suami ngomel2 kuar duke highway.. konpom jam..
takmo layan..

.........

sedar2 dah sampai opis suami..
suami hulur tgn, isteri sambut cium.
suami cakap luv u, isteri ckp luv u..
mamai..

jap jap.
lupa plak tengah merajuk!!!! benciiiiiiiiikkkkk...

german 1 - argentina 0

ada ubi ada batas
ada hari isteri balas

2 comments:

Sabby Prue said...

comel gile merajuk! :)

nona said...

wa aa awww cik b!

 
Images by Freepik