Wednesday, August 18, 2010

Pepagi dah buat hal!

Phew.

Hari ni settle kan hal anak bongsu wa (for the moment) si Hannah.. Since hari tu ayah wa yang daftarkan Hannah sekolah, skang diaorang panggil wa untuk buat pengesahan.. mana lah tau tetiba budak kene culik kan? Since nak buat pengesahan wa kene bawak original birth certificate. Guess what? Surat beranak hilang...

Waduuuhhhh! Ayah wa kata dah bagi mak, mak pulak kata dah bagi ayah.. Adoiii!! Pepagi dah ada drama.. Tak cukup dengan tu, si Hannah bukan main liat nak siap pegi taski, dah kene tinggal bas.. Pastueh memberi arahan 'Takpelah, atok yang hantar Hannah' Hammmbooiii.. bukan main lagi budak zaman skang ni boleh main order2 plak ya.. Dahtu nampak muka aku 'Takpelah Tok, Hannah nak pegi dengan mama'.. Ewah2 anak omak sorang niii...

Lepas hantar anak aku, berdesup pegi Sri Rampai buat surat beranak baru.. Eh sekarang surat beranak warna hijau tu.. siap ada sticker 3d gituu.. kono bayar rm7.. cuak gak sebab kaunter sebelah aku dengar dia kene byr rm110 tapi dia hilang ic la...

Later terus pegi sekolah dak Hannah nak buat pengesahan pendaftaran... Alamak hai tak sampai 2 minit dah siap.. mintak surat beranak original pastueh cop belakang, kerani tu sign dah siappp.. kalo senang camgitu aku suh adik aku menyamar pun takpe kott.. T___T

Tu belum bab sekolah agama lagi.. Yang tu ayah aku volunteer nak buat kan.. Yelahh org dah pencen kan, apa salahnya tolong anak kesayangan dia nieh... wakakakakak.. gelii je..

Whoa... diam tak diam anak aku sume dah masuk sekolah.. patutlah aku buat anak lagi satu.. ho ho ho hoho horrrlliicksss... just wonder kdg2 aku rasa susah kot jadi mak ni, everything kene buat yelah bukan sahaja bla bla bla (korang sure tau) tapi seperti biasalah, ibu tetap seorang ibu. Takde jawapan untuk itu. Apa2 pun 'LET'S ENJOY MOTHERHOOD!'

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2 comments:

Azam said...

So, ko jgn lupa doakan untuk aku skali...

syera said...

ho ho, yelah nanti aku doakan ko kalo ingat la.. ekekekekek

 
Images by Freepik