Friday, August 27, 2010

Balik kampung mana kita ni bang?

Isteri : Nak balik Johor ke Selangor ni bang?
Suami :Tengok keadaan.

Kalau balik Johor aku nak makan BURASAK.. tak taulah ejaan ni betul ke tak.. tapi tu memang hidangan wajib hari raya kat kampung yen.. seddaaappp.. kalau org melayu hidang ketupat, org bugis hidang burasak.. similar to ketupat tapi dia guna daun pisang dan ada rasa sedikit lemak.. aku sedikit confuse camana derang masak burasak.. sebab daun pisang cepat terkoyak dahtu tak berterabur ke beras dalam daun pisang tu? Y___Y

Kalau balik Selangor plak aku nak makan ROMBOK RAWIT.. still tak tau ejaan dia betul ke tak.. itu memang hidangan wajib kat atas meja kampung aku.. sedaaaaappp.. nak2 kalau nenek aku buat.. original gituuu... nielah aku rasakan masakan nenek lagi sedap dari mak aku.. ekekekekek.. mungkin mak aku dah jadi jawa murtad.. tu yg tak menjadi masakan jawa dia tueh... melayan selera bapak den masak lomak jooo... ha ha ha..

Btw, orang jawa makan ketupat.. rombok rawit ni macam sambal.. yang aku tau rawit tu maksudnya cili tapi rombok tu tak tau plak pe bendenya... tapi tak sume org jawa makan coz aku ada tanya certain member jawarian tak penah dengar pun nama masakan ni.. nenek aku kalo buat dia letak daging lagi2 la bertambah sodap tapi seriously pedas gila bab...

nie mana satu anak jawa mana satu anak bugis? Lelong lelong lelong W___W

2 comments:

Sabby Prue said...

dh besar weyh anak ko..

syera said...

penat nak besarkan depa nii :P

 
Images by Freepik