Wednesday, April 13, 2011

Kilang Susu Buat Hal

Hari ni kilang susu belah kanan ada sedikit mandem....
Gara2 stok susu dah tinggal 2 botol je kat dalam freezer.. 2 botol 4oz@+/-125ml...

Kilang belah kanan memang production bagus.. so semalam paksa lebih kilang belah kanan.. akibatnya pergh! ngilu2an bila breastfeed baby pukul 4 pagi tadi.. dahtue pukul 11 pagi baru nak pump kat opis dgn harapan kilang belah kanan beransur baik.. gila gap 7 jam tueh..

3 minit pertama kilang kanan tak kuar apa2.. lower kan vacum speed letak 1.. adalah 15minit baru dapat 1 oz.. ah sudah! takkan mandem terus kot? naik kan speed sikit2 vacum still maintain barulah dapat hasil yang baik.. dah 30minit baru lah kilang menunjukkan prestasi sebenar.. nak tak nak terpaksa stop production sebab dah 45minit aku dok dalam stor!

No comments:

 
Images by Freepik