Berpantang: Hari 1 - 4
Whoa.
Finally rasa boleh adjust dgn dunia berpantang @hari ke-4 which is my birthday today! Stress gila tak terkata bila ada orang baru nak kene handle, masa tidur yang nak kene adjust, sakit dekat tempat jahit, susu taknak keluar, baby asyik nangis nak susu dan dalam masa yang sama my nipples crack.... seribu satu bende baru yang dah lama tak pekena.. tapi alhamdulillah syukur pada tuhan sebab dapat handle akhirnya... syukur ya syukur...
Berpantang sama je mcm org lain.. pantang dekat umah mak bapak sendiri.. senang dan mudah.. kalau nak pape je just ckp dan tadaaaa dah ada depan mata... so far the best meal yang mak masak adalah masak singgang bawal hitam dengan lobak putih dan juga ikan pekasam goreng.. sedap. sekarang kene makan bende2 yang boleh melimpahkan pengaliran air susu... sebab.......... saya dah terbagi my newborn formula milk... gara2 tak tahan dengan stress, sumbat susu formula terossss.... tapi lepas tu terus cam bengang dengan diri sendiri... terfikir kalau org lain boleh bagi anak susu kenapa gua tak boleh?? ha! tambah lagi stress di situ.. selepas consult dengan officemate yang sungguh power bab2 susu ni (she breastfeed her daughter up until now - 2years ++) barula lega... slowly mengikut nasihat pakar... i was this close to see the doc for a pill.. konon2 nak tambah susu tapi my officemate kata tak payah..
So kepada sesiapa yang ada masalah susu tak keluar, harap bersabar.. as my own experience lepas bersalin nurse teros hantar baby untuk breastfeed.. lepas doc dah siap2 jahit sume i terus breastfeed.. masa ni nipples tak rasa sakit lagi.. bagi baby susu cam biasa.. bila dah kene sorong masuk ward part ni menggelupur sikit.. asyik naik turun katill nak bagi baby susu.. masa ni jahitan pun dah mula rasa sakit dan nipples dah mula crack.. haaaaa time nielah rasa stress tu dah mencanak2 meter naik..
Hari kedua tambah stress bila dah masuk rumah.. as my early explanation sume bende baru.. lagi tambah stress.. pastueh nak adjust my kids yang asyik terjerit2 tak reti dok diam.. my 2nd daughter punya bengang dengan gua sampai dia hentak pintu bilik... ergh! sabarrrrrrrr je la... tu yg terbabas bagi formula milk tu...
Hari ketiga slowly i adapt... camana nak hilangkan stress, camana nak breastfeed dgn cara yang betul, adjustment masa makan dgn tidur vs masa baby nak susu... masa tidur baby vs masa mandi gua....
Dan hari ni tadaaaaaaaa saya sungguh gembira kerana saya dapat update blog with my newborn Nurazreen Soffyia tidur dgn jayanya di sebelah saya.. Ok y'all masa untuk saya bersarapan! Bye.
Comments