Thursday, October 25, 2012

:(

dear blog,

i hope i'm ok. ya allah please guide me well.

.......:

Wednesday, September 5, 2012

Check saman kat Singapore

Haaaa... continue dari cerita sebelum ni.. disebabkan aku dah letih gilaaaa dengan traffic light masa nak cari hotel, aku main redah je semua traffic light kuning.. kesian ayah aku yang follow belakang confirm la kene sebab dah tentu waktu aku nampak kuning dia dah nampak merah.. masa tu dah redha gila kalau kene saman bila nak keluar nanti saman jelahh.. sebab dah penat sangattt.. masa tu pikir katal bantal je nak letak kepala..

bila dah sampai hotel rileks.. perut pun dah kenyang terus cam menyesal gilaaaa sebab melanggar lampu isyarat di singapore.. wah terus terbayang orang buang sampah pun kene saman apatah lagi aku yang berbakul2 traffic light aku redah (seriouslyyyy lampu isyarat dia banyakkkk gilaaaaa).. so aku dengan tawakal diiring doa mak aku yang serious cuak bila aku cakap hal ni terusla menggogglee.. so guys kalau nak check summon korang kene taip website ini :

https://www.psi.gov.sg/NASApp/tmf/TMFServlet?app=SPF-PTD-EDDIES-II&Reload=true

pastu muncul :

then pegi kat outstanding traffic offence button merah tu.. lepas tu nampak perkataan enquire by : foreign registered vehicle number, ko tekan butang proceed.

pastu ko nampak foreign vehicle no :
ko tulis la no plat keta.. pastu proceed..

sebalum tekan proceed tu banyakkan berselawat ekkk kot2 laa takde rezeki kene bayar saman.. hahahahahaha..

best of luck!

Tuesday, September 4, 2012

Bawak masuk kereta pegi Singapore

Wah tajuk tak hengat punya broken BM.. Sementara semangat memblog tengah berkobar2 ni baik aku cecepat update mana yang boleh memberi info kat korang, korang dan korang.. sesapa je lahh..
 
nak masuk singapore pakai keta takyah pun bawak document2 kereta.. so kalau dah setengah jalan baru teringat tak bawak tahniah! anda masih bernasib baik.. since keta tu under nama aku, aku pun tak sure whether pemilik kereta kene bagi authorise letter untuk ko drive keta dia. paham tak? tak paham?
 
ok.. aku bagi senario aku je lah senang.. begini ceritanya.. aku dan family aku naik kereta yang didaftarkan di bawah nama aku untuk masuk singapore.. so masa ko nak masuk tu.. ko pi cop imigresen cam biasa melalui jalan kereta (dah kata ko naik kereta takkan ko cop passport kat pejalan kaki kan?).. so lepas dah cop ko kene terus beli autopass.. tak silap aku ko kene pi tower b.. so lepas ko dah cop passport ko terus drive pegi tower b.. ko kene ada isi borang transport authority ala cam jpj punya form la.. dia mintak nama pemilik kenderaan i/c bla bla bla..

Contoh autopass aku rembat dari blog sapa ntah..
so kat tower b tu ko kene register kereta dulu sebelum ko dapat beli autopass tu.. so dah register yang mengambil masa kurang dari 10minit, ko boleh masuk ke dalam untuk membeli autopass itu.. tak mahal pun SGD10 je.. dalam tu ada prepaid sgd4..meaning harga kad tu sgd6 sahaja.. fyi kat singapore ni semua guna benda autopass ni dari ko nak bayar tol sampai la ko nak bayar tiket parking kereta.. so kalau feel nak merayap kat singapore siap2 la top up autopass ni.. nak top up autopass ni takleh buat kat tower b tu.. lepas blah dari imigresen ko pi cari 7eleven utk top up..
 
autopass ni agak penting sebab ada satu cina dpn aku imigresen tak bagi lepas sebab autopass dia ada problem.. bila check2 dia kata cam ada problem la.. so dia tak leh masuk singapore tu.. so dgr dia cam merayu2 org tu cakap pada sekian2 haribulan siapa yang  bawak kereta ni masuk singapore, so dengan confident dia cakap dia yang bawak.. bila officer tu mintak passport dia nak tgk betul ke apa dia cakap dah menggelabah sebab sebenarnya bukan dia tapi mak bapak dia.. so officer tu suh panggil mak bapak dia.. perghh kalaulah mak bapak dia takde dalam kereta waktu tu, takke cam punah je harapan nak bercuti kat singapore gara2 takleh bawak masuk keta.. celah mana nak parking keta kat jb?.. so be careful la sket.. sebab singapore ni semuanya ikut peraturan.. so kalau member2 nak pinjam autopass sendiri mau ingat la..

lagi aku tak paham diaorang ada highway kat town mcm gambar kat atas ni.. sebab diaorang tak ada toll tiket so aku tak paham macam mana diaorang nak deduct charge highway dari autopass aku.. aku tgk rakyat singapore cam ada devise (similar to our smart tag) yang diaorang attach dengan autopass.. tapi aku takde pun beli devise tu.. aku main redah je masuk erp.. banyak kali lak tu.. semua gara2 sesat nak cari hotel.. like seriouslyyyyyyyyyyyy nak u-turn pun aku takut kat situ.. sebab takut kene saman.. memang tobat gilaaaaa nak masuk lagi pakai keta..

Monday, September 3, 2012

USS Singapore - Here i come!


Finally kitaorang dapat bawak anak2 ke USS.. Actually USS is part of the sentosa island.. dari hotel kitaorang stay which located at Clarke Quay hanya hadap 3 station je before kitaorang sampai kat harbour station.. tiket train sgd2.5 tapi dia amik deposit sgd1 so tiket fare actually sgd 1.5 je.. dah sampai harbour station tu kene amik train lagi nak pegi sentosa island harga tiket sgd3.5 return.. banyak je lagi tempat kitaorang tak explore kat sentosa islands tue..
 
uss entrance i dont remember how much tapi total bayar for 3 adult 2 kids around rm700 to 800 if i'm not mistaken.. oh ya if u are using mastercard to pay ada discount 20%.. so masa nak bayar kat counter kene mention dulu nak bayar using mastercard or else u need to pay ticket without discount.. anyhow kitaorang tak habis tour pun kat uss sebab kitaorang pukul 2petang baru masuk..dahtu beli normal tiket.. booth ticket memang takde orang tapi bila nak main tu sangat hazab gilee. oh ya kalau ada duit lebih baik beli express tiket.. wlaupaun agak mahal sikit tapi sangat berbaloi.. let say kalau u all nak ride taking 45 min waiting time using normal ticket, kalau guna express ticket was 45 seconds waiting time! Awesome takkkk?? oh ya baby below 2 years foc..


Our little family at USS entrance



Then dalam tu semua game free la of course.. dah bayar mahal2 takkan kene bayar pulak.. masa banyak habis tangkap gambar layan anak buat susu anak.. so kalau korang nak habis tour kene get ready every single thing.. tu pun aku ada adik banyak tolong.. btw let say lupa bawak stroller jangan bimbang coz diaorang ada provide.. bayar sgd10 to sgd 50 depends jenis stroller/electricity chair(disabled/orang tua)..
 
Left to Right - Double stroll SGD15, Single stroll SGD10, Wheel chair (not sure), Electricity chair SGD50. No deposit required.
 
Food court ada banyak.. kitaorang makan kat food court jurassic park.. makan 4 set nasi ayam/noodles air ngan soup total sgd 50.. pasal bawak makanan masuk aku rasa boleh je kot.. macam ko masuk sunway lagoon la.. kalau kantoi nasib la kene buang.. tapi kalau tak kantoi selamat la duit.. hahahahah btw aku punya beg tak kene check pun masa masuk tu..
 
Food court Jurassic Park - Tak ramai orang pun waktu ni
 
Park tutup kul 10 mlm to 11 mlm tapi ride pukul 7mlm dah habis dah.. malam tu ada concert makan2 tapi kene bayar extra dalam sgd25 per head.. so kitaorang takde pun bayar extra.. just amik2 gambar beli barang pastu chowws balik..
 
Soffyia layan maknya nak ambil gambar dia. Pasrah la tu agaknya.. Ekekekeke!

 
Overal USS oklah.. nak kata best memang best sesuai la dengan harga tiket.. nak kata tak best takde lah tak best.. so camna tue.. so kalau korang nak pegi kene banyak plan. nak2 gi bawak anak kecil.. mostly game maknya tak dapat main.. sebab kene jaga baby.. hahahha.. oh ya lagi satu kat dlam tu ada water cooler.. so tak yah risau.. of course FOC.. yang penting kene bawak botol air.. sangat2 perluu.. kalau tak melayang la duit asyik nak beli mineral water..
 
Shrek 4D is a must!
Weeee.. tempat yang wajib amik gambar..
 
Keluar dari USS around 10pm.. penat gilaaaa... kaki rasa nak tercabutt... nasib soffyia tak meragam.. balik hotel terus tido sampai esok pagi.. esok pepagi layan breakfast bdk2 dah siap2 terjun swimming pool.. cukup 3 hari 2 malam kitaorang stay kat singapore... totally different dengan malaysia.. i love malaysia more of course.. sini makan susah gila nak cari halal food.. dah dapat halal food pulak tu tak sedap.. till then guys.. selamat hari raya & selamat hari merdeka..
 


Wednesday, August 29, 2012

Raya 2012

Waaaa raya sudah beransur pergi.. Mcm baru terasa anak2 menjerit gembira esok nak raya.. Hahaha.. Btw mlm raya tu aku still kat kl.. Memang lengang habis.. Pegi chow kit beli brg pun best jee.. Raya kali ni buat ketupat rendang ayam.. Sambal sotong, masak lodeh.. Yang tak sempat nak buat kuah kacang daging.. Dahla beli daging batang pinang.. Aleh2 masak kunyit raya ke3.. Fail gilaaa.. Tahun dpn boleh cuba lagi.. Masa ni terasa adik beradik 2 org memang boring sangat.. Tak banyak tangan membantu.. Huhuhu penat gila tapi seronok bila tgk org mkn masakan kita.. :) anyhow selamat hari raya semua!!

Psstt.. Raya tahun ni tema oren-pink (pink sebab kes maknya baju tak siap) ekekekek

Monday, July 30, 2012

Lining baju raya

Baru nak beli lining.. Tahun ni memang gamble coz satu baju raya pun tak hantar lagi... Niat nak sepasang ngan bebudak tak taula jadik ke tak.. Tengah tunggu tailor bdk opis samaada dia leh amik ke tak.. Kalau ada rezeki nak sedondon adalah agaknya.. Btw masa pi jakel siang tadi tak jam sangat coz sampai pun area kul 11 pagi.. Tapi by the time kitaorang nak blah memang packed habis.. Dalam tergesa2 tu dapat rembat 4 pasang lining baju.. Kali ni nak wat experiment pakai contra lining ngan baju.. Baju biru letak lining merah.. Baju base pink match peach.. Ada satu lining warna kuning terang ngan purple tak ingt match dgn kaler apa.. Sempat juga mata merayap tgk kain.. Nafsu nafsu!

Monday, July 23, 2012

SOLD - Preloved my baby stuff - Graco Playpen Tot Block

For sale RM150 postage excluded (RP : RM350+). Contact syera_abdullah at yahoo dot com

Monday, July 9, 2012

Baby S monday morning

Hari ni kelewatan - sekali lagi. Biasa kalau isnin tak pernahnya punctual.. Padahal hari ni baby S tak meragam tapi mommy saja nak mandikan budak kecik manja mommy ni... Kerja no 2.. Baby S show smiling face waktu mommy siap2 kan dia pagi tadi...Sayang dia. Mwahhh.

Sunday, July 8, 2012

Dinner dating

Wehoo husband ia back yo.. So tinggal bebudak and pegi dinner.. Dating la tu kan.. Just the two of us.. Kali ni pekena nasi arab.. Our favourite kat area PV kat setiawangsa/melati.. Not sure but it call restoran taj hadramawt.. Tapi sekarang dah tak sedap cam dulu.. Husband choose chicken mansy & me lamb kebab.. Check it out!

Saturday, July 7, 2012

Soffyia went to nursery

Good baby tak pernah nangis bila kene hantar pegi nursery... Pepagi kalau aku tgh siap2 soffyia(S) tunggu je dalm cot.. Kekadang kalau rajin aku dah siap2 mandikan S baru anta... Kadang2 jela.. Hahahahah tgk thp kelewatan aku nak pegi keja.. Tapi kalau aku lewat tapi S tantrum aku siap2 kan dia jugak.. Apa org panggil? Kasih seorang ibu? Yelah bila anak nangis kita mesti cam rasa something kan?? Ha gitulah pepaham sendiri lah.. Btw this month S dah umur 1 thn 5 bln.. Development in track nothing abnormal.. :)

First time seumur hidup

Kereta aku mati bateri. Pergh memang terbaik. Nak2 husband out of town memang rasa nak nanges agaggaagga... Dahla mati baikk punya kat depn tol.. Padahal waktu tu tgh que nak bayar tol... Berbaloi2 buat drama kannn.. Pastu menggelabah cari double signal... Aaaaa terbayang2 drama tadi.. Nasib baiklah member husband tolong.. Jump keta tgh2 tol kan? Bahaya gila.. Nak2 keta yg bwk cam pelesit dah nak sampai tol pun keje nak merembat.. Dinner pun ke laut... Aku kalau takde husband camnilah... Makan tak menentu... nak makan pun takde mood.. Esok tak tau nak buat apa.. Duk umah je la jawabnya.. Tdo time. Esok baru pikie nak watpe.... Zzzzzzz

Sunday, July 1, 2012

Weight issue

Depress dgn badan.. Seriously rasa cam nak jerit2 bila tgk weight scale.. Waaaaaaaaaaaa!

Thursday, April 26, 2012

Away : Cuti - cuti Malaysia



We at Penang!

We at Perak!

Kami satu family include my parent and sister will be ronggeng2.. Selamat tinngal kerja. selamat tinggal kuala lumpur.. mau berjalan2 sambil menggemokkan badan.. huahuahuahua.. yabedabeduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Wednesday, April 25, 2012

Look mommy! Daddy bought me this.

 Chicco Baby Activity Walker 
 [To be auction soon - Mama saya sudah pandai jalan!]
Anak kecil saya sangat suka. 4 star! (out of 5).

Tuesday, April 24, 2012

My first CHANEL

*senyum lebar sampai telinga*


Husband reward me with this perfume. Dia tak suka bau ni tapi bila isteri mintak nak tak nak terpaksa jugak beli.. Bak kata yen 'Kalau tak beli kang merajuk'.. Ha ha ha.. of course merajuk itu penting dalam perhubungan.. kalau tak boringla asyik2 nak jadik isteri memahami 24jam.. ekekekekekekke..


'A good marriage would be between a blind wife and a deaf husband'

Monday, April 23, 2012

Soffyia my baby :)

She already turn 1 year old this year about two month ago.  this little girl make me occupied all the time. 24hours nak entertain dia je. suka menjerit2 and tersangatlah manja. hoih. bila dia tidur rasa baik je budak kecik ni tau. innocent je tido dalam cot.. she love to sleep on her own. lucky me yo!

I want this and i will get it. jerit saja confirm mama beli. T_T

Friday, January 27, 2012

CNY 2012 : Cameron Highlands

Cuti panjang ni kitaorang bawak bebudak jalan jauh sket naik bukit.. Gerak kuar hari sabtu dalam pukul 11 pagi camtueh.. pap! jam dah start dari rawang.. yen bawak keta kejap masuk tol kejap kuar tol pastueh masuk balik dengan harapan jam makin susut.. konon2 je la... memang teruk gila jam.. 8 jam kitaorang stuck dalam kete nak sampai cameron.. tuepun berenti isi minyak, buat susu soffyia je.. takde makan2 org penuh gila kat rnr.. tension gila.. sampai atas kitaorang terus walk in masuk Equatorial Cameron Highlands .. memang expected la hotel memang penuh tapi kitaorang cuba nasib je kot2 ada bilik kosong.. takde maknanya.. kitaorang amik one bedroom apartment.. hampeh gila! serious memang tak berbaloi langsung dengan $$$ yang kuar.. boleh plak dalam bilik tv tak kuar gambar tapi kuar suara je? bdk2 dah conquer tv kat hall siap2 .. memang bengang sangat lah.. grrrr.. malam tu kitaorang terus kuar cari makan.. lalu kat pasar malam berinchang tapi dah tak larat nak jalan2 pilih makanan.. last2 kitaorang makan kat fauzi tomyam.. makan steamboat..











lepas breakfast kitaorang cabut kuar pindah hotel lain.. pindah bawak masuk barang, buat susu terus zassss kuar.. jaln punya jalan kitaorang jumpa Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands .. with the same $$$ with equotorial, tapi lagi best.. smell good, tv good, toilet very good... highly recommended.. budak2 siap bergolek2 kegembiraan dan mak bapak budak terlantar kepenatan yang tak habis dari semalam..






lepas je check in bebudak dak ngadu kelaparan.. we notice beside the hotel there is a restaurant called Glory 78 Steamboat Snack Corner .. makan steamboat lagi.. hari ke 2 we just feel lucky coz everything seem to be perfect.. good hotel & a good food.. then kitaorang terus terjah tempat2 menarik kat situ.. as usual la aktiviti memtik strawberry adalah paling wajib sekali.. dan aktiviti2 seanteronya.. kitaorang sempat jugak singgah pasar malam tu dan me & yen try makan sarang lebah.. harga rm2 sepotong.. geli tapi cuba jugaklah... then hari ke 3 on the way back to kl sempat la singgah kat ladang teh Cameron Bharat Plantations & Highlands Apiary Bee Farm, Cameron Highlands .. beli teh & some souvenir.. tapi yang paling sedapt kat Cameron Highland ialah jagungnya! Rugi tak cuba!

Monday, January 9, 2012

monday morning

yo.. masuk keje office lengang giller.. member sms sangkut kene road block.. :( tak dapek la nak breakfast... buat oat je la kat pantry gamaknya.. mak tiri pun maybe tak masuk since she need to attend the pre-opening ascott kat manila.. yahooooooo!! one week i'm free like a bird la la la.. dah siap2 plan ngan member nak menular lunch jauh skettt seperti makan ikan bakar di istana? or maybe makan chinese food kat kampung baru? atau pun makan kat staff cafe dan kemudian menular ke klcc? wah wah wah hebat sungguh perancangan saya di situ.. :) let see! (beth! where are you???)

btw i have a lot of resolution this year but i dont feel like i want to share.. akan tetapi jika saya mencapai azam itu saya akan share okay? with that every single minutes is precious.. time is golden!

alamak sahabat2 office sudah mula masuk.. takde rezeki nak tulis pepanjang.. ok 2012, bring it on!

Friday, January 6, 2012

twenty twelve

bebudak dah selamat register sekolah. punyala penat terkejar2 daftar tapi seronok sangat. time daftar anak adalah saat yang ditunggu. almaklumlah masa ni bapaknya macam takde sekat2 nak bershopping. sambil menyelam minum air lah emaknya. sambil beli brg anak sambil menyelit barang emaknya.. ekekekekek.. itulah dinamakan bijak berbelanja.. haha

cuti sekolah takde pi mana2.. bapaknya sebok nak exam bagi canla bapaknya lulus.. lepas ni nak pi bercoti please!!
 
Images by Freepik