Wedding anniversary celebration

Dekat mana ya?

Oh.. di rumah sahaja.. dibawakan khas dari kitchen aku.. Menu2nya ialah :


Ketam masak sos

Ye puan2 saya hanya membeli bahan2 ini di pasar malam. Buat pengetahuan anda pasar malam di tempat saya adalah yang terbaik kerana makanan2 lautnya segar bugar al maklumlah berdekatan dengan pasar borong selayang. Jika pergi ke pasar malam setapak jaya which is my mom's place adalah hampeh belaka. Sudahlah mahal apabila dimasak bau ikannya boleh membawa kerosakan saraf bau ya puan2. Jadi silalah menjadi inspector gadget meng'compare'kan harga dan kondesi bahan mentah pasar malam anda dan juga supermarket ataupun hypermarket. Harga 5 ekor ketam adalah bersamaan hanya RM10 sahaja. Oh ya masakan ini agak fail kerana agak masin. Nasib baik aroma dan texture ketam berjaya mengawal keadaan. Jadi pengajaran di sebaliknya ialah kurangkan garam jika memasak ketam kerana ia adalah daripada laut masin.




Kangkung sos tiram dan tomato

Masakan ini adalah yang paling mudah sekali. Jika dikedai masakan ini boleh di charge antara Rm3 ke Rm5 untuk 2 org. Tetapi hanya berbekalkan Rm1 Kangkung dan Rm1 tomato anda telah berjaya memenuhkan lebih daripada 2 perut.



Asam pedas

Asam pedas adalah menu wajib dalam kehidupan saya kerana Yen memang telah mewajibkan hidangan ini di atas meja. Jika tidak ayat2 merajuk akan dikeluarkan. Contohnya penulis pernah cuba membuat kejutan dengan masakan kicap, masakan lemak, masakan sambal kerana jemu memasak asam pedas tetapi di balas dengan jawapan 'Yang, tak yah susah2 masak benda lain. Abang mintak asam pedas je. Boleh faham tak?' dengan diikuti 3 suapan nasi sahaja... Sentap mak!

Oh tersasar sedikit. Back to the fish. Ikan yg digunakan adalah dipanggil Bawal cermin @ bawal emas. Den pun x tau yg mana satu. Tapi ikan ni memang sedap untuk dibuat masakan asam. Rasanya lembut dan manis. Lebih sedap daripada spesis bawal yang lain. Oh ya masakan ini menguunakan asam jawa. Jadi puan2, belilah asam jawa yang berbiji supaya tangan puan2 itu meramas2 asam jawa untuk sebati dengan air. Jika membeli asam jawa yang tiada biji, maka tidaklah ada air tangan isteri dalam masakan anda.


Oh itu sahajalah menunya.. Habis nasi seperiuk. Akibat daripada melantak yang teramat, Yen tidak bagun sahur mungkin masih kenyang dan penulis sangat happy kerana tidak dikejutkan oleh Yen pada pagi tadi.

Sekarang penulis mahu melayan cerita nur kasih. Chow luuuss..

Comments

raducaca said…
makcik peti sejuk baru!

cane nak siang ketam?

hahahah
PixiePwincess said…
wey entry ni mmg makcik. tapi aku sangat suka! sbb makcik yang bijak berbelanja sambil mengenyangkan perut keluarga. muehehehe.

bilalahhh aku akan mencontohi kau. bilaaa?

to kudik

tak payah susah2 nak belajar siang ketam. kau suruh je org kat pasar tu siang kan. hehehe. ikan pun aku suruh dia siang ok!
raducaca said…
wah bagos skalik org pasar itu
baiklah!

(mcm masak je)
Anonymous said…
wahhh ayu sgt bijak! so do i! atart, bab siang2 nieh ko bg je org kat pasar buat. ko bersihkan je balik dr pasar okeh???
uish nieh bakat terpendam nona nieh...chef cook! go bebeh!

~bEth~
nona said…
atart: belah 2 ketam tu. duri kat kaki dia kau buang. kaki yang paling panjang kau potong. then ketuk2 sikit ketam tu dengan penumbuk batu terutama kat bahagian kaki (untuk senang makan). bahagian keras tu setengah orang buang.

ayu: kau belum sampai seru lagi tu. nanti2 kau akan masak juga..

beth: ye kalau malas suruh saja org pasar siang. balik tinggal masak saja.
raducaca said…
na..kenape kaki die yg plg pjg kene potong?

pastu ketam ni takde tahi eh?
nona said…
sebab nanti senangla kau nak gaul dalam kuali. kalau panjang2 sangat susah plak kaki yg panjang tu nak masak. tak potong pun x pe. sama je
bila kau potong 2 taik dia mesti melelh..kau bersihkan lah
bEth said…
ahahahaha jd kelas memasak pulak kat cni!
Anonymous said…
wowowow
i dh msk byk kali x penah nye sedap
dh mcm give up msk asam pedas oke
so ape kt k.nona buat entry camne nk msk asam pedas--ni mmg sah2 pro ni ari2 pon msk!!!
S said…
happy anniversary bebeh!

haha aku pun penah terkena masak chili crab masin hawhaww.

patut kau buat entry cara2 siang ketam hahaha senang je.
nona said…
beth: biasalah.. kata dah kelab makcik2. ekekekeke

dina: malula i nak ajar masak asam pedas.. hihiih..tgklah kalau i dah tak malu nanti i ajar ye.. ekekekek

mamie: thanks.. aku sememangnya mcm nak letak je cara 2 menyiang ketam di blog ini... tapi apakan daya diriku tidak rajin.
Jed Sulaiman said…
Apa barang suruh brader pasar siang ikan. Siang sendiri la.

Aku pun siang ikan kerisi sendiri je. Baru la nampak gagah depan isteri haha!

Wey Syairah, Yen orang Johor ke? Aku rasa macam orang sabah. Bukan ke?

By the way, fridge ala2 kau punya tu pun impian aku gak. Aku tak kisah takde lcd tv apa semua, aku just nak fridge 600++ liter. Time panas duk je depan tu, takyah air-cond.
nona said…
Yo bojed. Kalau Yen boleh siang ikan takdela maknanya aku suh brader pasar siang ikan. Kau memang gagah kerana kaulah satu2nya spesis laki pandai siang ikan yang masih wujud selain brader pasar itu. Yen org johor la. Pe jadahnya org sabah lak.

Popular posts from this blog

Check saman kat Singapore

Sunat budak perempuan