Legoland Trip October 2013 - Tips
Trip legoland paling dinanti2kan oleh bebudak. Dah berapa kali kene postpone sampai la confirm bulan ni baru dapat pegi. Cecah bumi legoland pukul 10:30 pagi memang panas gila (Tip : Datang awal elak beartur beli tiket). Bebudak dahla before this hangus terbakar masa bawak pegi mandi manda kat Desa Waterpark. Belum fully badan balik ton asal dah belasah pegi Legoland. Memang berkilat2 la memasing. Sampai sana memang tak ramai orang semua ride waiting time 5 minit below.
Lepas beli tiket terus pegi sewa stroller. Single harga RM30 double kalau tak silap RM50 kot? Tak yah deposit. Siap semua tengok map kitaorang decide amik arah ke kanan dulu.. Kalau amik arah belah kiri dia start dengan ride berunsurkan air.. So pilihla mana suka.. (Tip : Fahamkan betul2 map anda)
Ni first ride naik boat. Masa ni cuaca dah start panas tapi maintain lagi. Map kat tangan tu dah hancur buat kipas. (Tip : Tolong bawak kipas tangan ataupun kipas kecik yang ada bateri) Masa anak syok main aku baca balik peta tengok next ride untuk make sure kitaorang tak buang masa sesat di kala panas terik tengahari. Sebabnya aku bawak anak kecik yang tak tentu meragam so tenaga kene banyak simpan untuk layan Soffyia.
Ni 2nd ride. Mode panas gila. Dah start pakai specs tambah tempat duduk plane ni panas okeh! Bayangkan aku main benda alah ni dalam keadaan bontot cam kene iron. (Tip : Bawak specs, cap etc)
Bebudak ni pun maintain lagik time ni. Semangat nak main tu berkobar-kobar. Aku dah pening lalat waktu ni dengan panas menggila dengan mainan ni dok pusing2 turun atas bawah dengan bontot aku dah ala2 terbakar. Tapi yang heran anak2 aku takde plak menggelupur rileks maintain tersenyum riang lagik. Budak2 la katakan.
Lepas tu teruslah kitaorang menjelajah main2 bersukaria.. Tak silap aku dalam legoland ni ada 4 jenis roller coaster. Yang bestnya semua aku tak main. Tak kuasa okeh. Dahla diaorang ada tangkap gambar kan. Lepas tu muka tak senonoh.
Betul tak aku cakap tak senonoh? Dek terlampau gelihati aku terus beli gambar ni kat kaunter dia. Bwahahahahahah Tapi memang cuak wehhhhhhh.. Tapi aku tabek spring kat anak aku sebab diaorang naik 2 kali. First time diaorang naik ada orang kat depan tu so macam tak best la. So papa diaorang suh naik lagi sekali. Walaupun ni 2nd time tapi aksi still sama, Terbaik!
Yang ni plak roller coaster gak. Ini lagi horror.. So kitaorang semua takde main just snap2 a little bit kat sini. Food court dalam Legoland ni memang banyak. So make sure la korang nak makan kat mana. Macam kat area sini makanan dia berunsurkan western. Harga satu meal RM20 siap air so main course ko nak beef stew or grill chicken. Ada lagi menu lain tapi kitaorang amik set ni. Legoland memang bagi voucher RM10 untuk makanan untuk setiap tiket korang bayar tak kira kids ticket or adult voucher semua sama rate RM10. (Tip : Bawakla air mineral dengan banyak sebab satu air mineral kecik RM3) Kalau nak jimat air boleh beli Legoland punya bottle and korang boleh top up air karbonat harga RM1. Botol tu dalam 500ml tak silap harga RM25 kot? Aku beli botol tu tapi top up nya sekali je sebab korang memang akan menggila nak mineral water gak. Dengan Soffyia nak susu memang duit habis banyak beli air mineral.. Yang buat aku bengang aku expect memang ada water station macam USS tapi kat sini takde!
Last tempat kitaorang pegi miniature ni la. Masa ni cuaca memang sedap sebab dah ala2 nak hujan.. Sampai sini dah dalam pukul 4 petang.. Kira last kopek la waktu ni.. Banyak mainan tak main sebenarnya sebab time ni orang dah ramai dan tetiba pulak ada rombongan budak sekolah. Time ni waiting time untuk ride dlm 10 minit/each. So kitaorang decide nak balik walaupun bebudak tak puas habis main. Nak buek camano dah papa diaorang suh balik.
So kesimpulannya :
- Sebelum pegi Legoland pegila website usha2 apa yang patut. Legoland tutup hari rabu tapi ada jugak hari rabu yang diaorang bukak. Terjah kat sini http://www.legoland.com.my/en/Plan/Opening-hours/
- Parking untuk kereta kalau nak dekat dengan entrance pegi Zon 1 or Zon 2 (Tak ingat) Parking ni sikit je tapi kereta tak panas.. Kitaorang parking kat Zon 3 (kot?) so bayar RM7 maximum. http://www.legoland.com.my/en/Plan/Parking-Charges/
- Baca map sampai paham structure legoland. Terjah website nak tengok map tapi memang takde idea langsung serabut gila. So the best way the moment korang dapat map kat tangan terus make sure arah mana nak pegi. Penting! Untuk make sure korang tapau semua benda dalam Legoland ni.
- Since aku bawak anak expected la memang takkan dapat tapau semua mainan. So aku akan make sure ride mana yang agak2 bosan dan boleh let go. Kira tak kempunan la kalau tak dpat main. Dalam keadaan aku dok plan ni pun ada gak ride yang diaorang nak naik tapi tak dapek. Putih mata la!
- Bawak cap! Kalau nak bawak payung boleh je tapi jenuhla nak pegang 6 jam.
- Mak2 tak yah bawak handbag. Bawak IC duit letak dalam jeans dah cukup. Ada bibik dapat jaga beg pun tak guna sebab ada gak kes bibik tinggal stroller dok kejar toddler balik semula ke stroller ada je dah lesap.
- Beli tiket online dapat 20% off. Tapi tak surelah korang dapat food voucher or not.
- Masa aku pegi waterpark dia belum bukak. Tapi kat website harga waterpark dah ada. Kalau combo (themepark + waterpark) beza tak banyak dengan ko beli theme park. So kalau korang pegi hari yang diaorang bukak 10 pagi sampai 10 malam tu bolehla kot beli combo. Kalau tak, takyahla sebab memang takkan habis (i'm talking about travel with kids). Lagipun masa kitaorang keluar dah start hujan lebat kul 5 lebih. Banyak ride tutup.
- Ada satu tempat ada air-cond. Heavennn gila kalau ada anak kecik nanges tido nak air cond korang boleh pegi sini. Tempat dia nama Legoland Academy. Sementara tunggu anak korang buat aktiviti kat sini bolehla dodoikan si kecik.
So far tu je point yang boleh ingat. Kalau korang nak accomodation sekali boleh try Pulai Spring Legoland Package http://www.pulaisprings.com/packages/legoland-malaysia-hotel-packages Waterpark masa sampai tak bukak lagi. Tak silap diaorang bukak 21st Oct. Oh ya bawak baju extra seluar extra coz ride2 yang ada air memang confirm basah. Bawak raincoat pun boleh gak. Bawak gak panadol ke minyak angin ke kot2 ada yang pening lalat. Apply sunblock pakai baju nipis. Pakai kasut/selipar yang selesa. Takyah pakai stokin sports shoe kasut raya etc.
Expected no 1 memang akan ada yang demam. Sebab kejap panas kejap sejuk main air basah lepas tu baju kering automatic dek cuaca panas menggila. Tasya balik demam badan panas feeling nak tido je aku expect kurang air so tekak confirm merah. Balik aku terus mandikan semua basahkan kepala baru boleh tido. Alhamdulillah Soffyia ngan Hannah tak demam.
Expected no 2 - 4kg baju aku hantar pegi dobi.
Comments