Nasi ambang version jawa banting

Hari sabtu terus shoot balik kampung lepas balik wedding kat Puchong... Makk aiiihhh punyalah penat coz aku plak yang kene drive.. Yen totally flat coz jumaat malam tu ada plak member2 dia buat bachelor party.. Keluar pukul 10malam balik pukul 6pagi? Pepagi tu aku tengah gosok baju Yen bangun buat laporan aktiviti dia malam tadi... Ewah.. Pandai betol nak tengok mood bini ya bang oiiii..

Eh eh eh.. aku ni suka bebenor melalut...

Sampai kampung tengok sume dah siap.. adik beradik mak aku 12 orang... so kdg2 pun boleh confuse mana satu cousin mana satu makcik? Cousin2 aku yang tua2 memang pantas buat keje.. Ditambah pulak dengan makcik2 aku yang muda2... lagi bertambah le kelajuan diaorang.. ni untung anak ramai.. dah anak ramai cucu pun ramai? tak yah nak susah2 panggil catering wahtsoeva! Yang laki pun uiiii terserlah sifat2 lelaki jawa yang kuat bekerja.. Takyah disuruh dah tau apa nak buat... pasang khemah, susun kerusi, angkat periuk, angkat kuali, beli ais (eh ni termasuk gak ke?) T__T Untungla sapa kawen dengan laki jawa.. (eh eh kawen ngan laki bugis pun untung gak apa) ..

Btw menu untuk tahlil hari ke-5 ni, diaorang buat special sket.. mee kari ngan nasi ambang... adik aku layan gila makan nasi ambang.. nak2 makcik aku masak rombok rawit.. pergh 2 round adik aku balon makan.. aku kurang sikit nasi ambang ni.. bak kata mak aku, aku kan ikot ayah aku darah nogori... bab masak2 lemak aku paling laju.. nak2 kalau ada rebong tak pun daging salai. pergh. layan!


ni team A.. mak aku ngan sepupu2 tua aku... mak aku makan sampai tak ingat level kencing manis.. bertambah2 aku nengok.. yang sepupu2 plak makan tak ingat anak masing2 tengah ek eke ek nangis kat tangan husband memasing..


ha.. selit sikit dengan team A.. aku makan mee kari je.. amboi jelingan maut kak tuty bagi kat kamera... senyum la sikit...


yang ni team B.. sepupu sebaya aku dengan anak2 & anak sedara dia.. amboi2 ada versi hijau biru plak.. macam tema hari raya gitu.. ke recycle baju hari raya tue hari? ekekekekekeke...



adik aku bersama2 dengan cousin2 muda aku.. yang muda2 ni tak habis makan kek berapa puluh round ntah.. yg tudung biru si besar gabak tu tengah cover perut maklumlah baru lepas melantak...


ehem ehem.. empunya blog dengan lelaki bugis yang tengah tahan mengantok sebab mak mentua tak habis2 lagi makan..

Hari ahad ada wedding kat Batu Caves plak.. nasib baik dekat jee.. memang flat gila weekend nieh.. rindu nak pi tengok movie ngan Yen during weekend....Kuar makan2 dengan anak2... Kalau layan dvd pun konpem kalau tak aku yang tido dulu, Yen yang dengkur dulu.. Tetiba jee.. Ehhh dah pagi dah?.. Lagi best, eh eh dah pagi Isnin dah? Daymmeeeeee... Kerja skang!

Comments

S said…
lelaki jawa yang kuat bekerja.. Takyah disuruh dah tau apa nak buat...

setuju!! mak aku dulu pun ckp macam tu. uii tapi mmg sungguh byk beza dgn lelaki melayu hahahah.
nona said…
ha ha ha.. takde experience la ngan laki tulen melayu.. banyak beza tu, beza baik ke buruk? ekekekekekeke
nona said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

Check saman kat Singapore

Wedding anniversary celebration

Sunat budak perempuan