Golf, Exam & Monday!

Wah wah wah... Sekejap je dah hari Isnin.. Pagi2 je hujan dah turun mencurah2 bak bunyi air terjun di Lata Kijang.. Uhhhh.. Bukan main lagi, pagi tadi aku bermain tepuk2 tampar dengan Yen..

'Pa bangun2' tepuk2 Yen.

'Ma mandi dulu'

Eh eh bukan tiap2 hari aku yang mandi dulu ke? Takleh nak compromise kalau dia mandi dulu.. Aku bangun tgk langit gelap bukan main... Jeling Yen.. Aduss, syoknya kalau aku yang tengah tido skang nie.. Mamai2 aku masuk toilet.. Tengah mamai2 tetiba teringat 'Eh anak aku exam la hari ni!' Keluar toilet cecepat.. Nak kejut Tasya.. Alamak! Suprise sungguh dia dah bangun dengan jayanya.. Bagus anak aku! Ada peningkatan kendiri.. Jimat tenaga akau nak berleter pepagi...

Dengan penjimatan tenaga yang sungguh hebat di pagi hari, aku pun masuk kerja dengan muka yang ceria... Oh! Sungguh hebat rasanya pagi ini.. Positive2 vibe dalam diri mcm berlebih2an pula pagi ni.. Nak je aku salurkan tenaga2 positif ni kat office mate aku yang rata2 muka macam ayam berak kapur.. Ahahaha.. Monday blues bak kata orang..

Bukak e-mail pun tak berapa banyak.. E-mail2 menghentam pun ada seketul je.. Inilah hari Isnin yang paling hebat pernah aku lalui.. Yang paling syok aku forward email hentam tu ke budak junior.. Best! Sekali sekala bagi budak2 junior tension seronok gak kan? Inilah dinamakan 'Effective Delegation Skill' ... .

Oh ya! Cerita weekend.. Nothing much happen.. Lebih kepada aktiviti berkeluarga... Nak2 puteri2 aku nak exam kan? So mama dan anak2 buat kunjungan sihat ke kedai buku Popular untuk beli2 stok2 buku latihan.. Nampak cam murah je.. Rm3 per book.. Tapi bila dah kumpul2 bila nak bayar banyak juga rasanya... Tu pun mama dah campak2 stationery yang budak2 ni amik... Pantang nampak benda2 cute semua nak amik.. Sticker la, cop la, paling tak tahan Tasya amik magazine Hannah Montana.. Ewah! Mintak maaf la bebanyak. Sila letak dekat rak tu semula ya...





Aktiviti berkeluarga dengan bapaknya pula menemankan Yen ke Golf Driving Range kat Damansara Club.. Nama je gah tapi banyak nyamuk... Laki aku tepuk bola, aku kat belakang tepuk nyamuk.. Bosan2 aku snap gambar Yen nak pukul bola... Yen request nak tambah 100balls aku dah angkat bendera putih.. Oh tak tahan dowh! Banyak gila nyamuk..




Aku seret sekali Tasya nengok Yen main.. Sambil2 ajar dia buat latihan.. Sambil2 tu tengok gak kalau dia minat pukul bola mcm Yen.. Bak kata orang 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya!'

Muah~

Comments

Popular posts from this blog

Check saman kat Singapore

Sunat budak perempuan

Wedding anniversary celebration