Wednesday, September 8, 2010

Kereta Raya

Oh oh oh.. bukan kereta baru tapi sistem audio baru okeh.. Suami terchenta ni memang kaki kereta.. dari zaman berchenta sampai la ni tak sudah2 dengan kereta kereta dan kereta.. dah naik muak ikut dia pergi kedai potong nak cari enjin kereta, masuk kedai brothers pilih aksesori kereta, pergi workshop nak tukar bumper, tukar sport rim.. agak2nya la kalau la laki terchenta aku nie anak orang kaya mcm si jejai, bukan setakat bumblebee je dia rembat, bapak bumblebee pun dia nak pakai.. T___T

Semalam sepatutnya nak pi cari baju raya suami terchenta, sepatutnya nak keluar pepagi nak terjah jalan TAR tu manalah tau kot2 ada diskaun untuk baju melayu, last2 'Ma, kita pergi lepas Asar lah ya'.. Tu diaaaaa kalau laki bini cuti, sorang dok melayan chess titans kat laptop (aku lah tu), sorang lagi dok melayan psp (laki aku)... anak2 pulak beratur nak amik turn satu belakang aku satu belakang yen.. agak2 mak bapak dah bosan main games diaorang take over plak.. sudahnya lepas asar semalam anak beranak ni pun keluar la nak pi merambu.. jap lagi suami terchenta bagi line panas 'Ma, singgah tinted kete jap'

Ahhh sudahhhh...

Dari hal nak tinted kete dah tukar tambah tu tambah ni... tu diaaa meleleh air mata daku melihat sang kereta di manja2 berlebih-lebihan dari sang suami.. waaaaaaa.. 2 jam setengah wa dok terpacak kat kedai tu... babai je la jalan TAR boleh pegi tahun depan la jawabnya.. haaa sapa tak sayang laki oiiii..

Apa2 pun kepada semua orang, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.. Pandu kereta berhati2 ya.. Mari sume balik kampung! 'Balik kampung oh oh balik kampung'

3 comments:

bEth said...

hahahahahhah giller tabah ko nona! saba yo lah~

Azam said...

Kete baru kena ada audio barulah... baru ngam.
Sebelum terlambat... Selamat Hari Raya ye... Maaf lar apa2 yg patut. Hahaha....

syera said...

babeth : congratz dapat satu lagi anak perempuan... tu pun kene ada ketabahan jugak tuu...

azam : Selamat Hari Raya.. Sila jgn tiru mcm husband saya okkkk.

 
Images by Freepik