Tuesday, June 1, 2010

Sapa boleh bagi pinjam brek?

Hari ni adalah hari menakutkan bagi aku.. dah masuk bln 6 maksudnya dah masuk bulan exam.. takott.. masa macam cepat sangat berjalan skang nie.... sudahlah masa bercuti2 tu langsong tak bukak buku! skang baru rasa menggelabah sehh..

camana nieh?

oh hoi boleh bagi pinjam brek tak??? rumah dah masam tsunami.. tak termasuk baju kat washing machine yg dah tersadai satu hari satu malam.. yen plak pakai baju macam boss besar.. nak balik setapak tukar nak pegi lepak tukar nak pegi dinner tukar.. ewah2 dia ingat aku laundry hotel ke.. taulah 2 minggu main campak baju kat laundry!

keje kat opis plak tak reti2 nak susut... dapatlah 2 org bdk baru yg masih aku kira beginner dalam dunia accounting nie.. yg sorg tu masih boleh diselamatkan la sebab dia ex-audit firm.. so kalau nak discuss tu mcm umphh la sket tapi yg sorg tu hermmmm... susah skett.. sebab dia tak biasa buat full set account.. so macam kene ada kesabaran di situ.. dahtu boss besar nak travel.. so boleh bayangkan tak sume bende dia nak urgent..dan mood dia kurang baik.. hermm di situ juga mesti ada kesabaran...

so aku perlu sangat masa untuk aku focus.. pagi tadi aku bangun awal tu.. tunggu Yen siap dapatlah qadak beberapa fakta yang harus diingat.. so kenang daku dalam doamu.. coz i really need that!

No comments:

 
Images by Freepik