Friday, May 14, 2010

Spot check - chapter 2

Yuhuuu..

Sambung2 balik cite hari tu tergendala dek telupa bawak handphone.. He he he.

So sementara tunggu Yen buat keje kat lab tu, aku lepak2 la tempat dia.. Nasib ada member dia Mr H. Aku borak2 sambil snap2 picture.. So nak tengok takkkk?

Hah nielah tempat dia bekerja.. Cubical opss dia tak panggil cubical sebab Yen kata partition tu mcm daun.. So depa panggil apa ntah.. Tapi tak best jerk.. sebab masing2 boleh menyekodeng sesama sendiri.. Hah nampak kepala tue? Tu la kepala Mr H tengah buat keje sambil mendengar lagu Newboyz.. Tu yg tak pasang kuat2 tu.. Hak hak


Kasik zoom sket... Haaa ni goodies2 dari rakan2 Yen yang terbaru..

Zoom lagik.. Ni dipanggil kubah cinta.. Ha ha ha..
Tu sume cement2 yang tak jadi so Yen simpan.. Jangan tanya asal dia simpan sebab aku pun tak tau.. Botol hijau tu dah dekat 2 tahun kott kat situ.. Lagi sekali aku pun tak tau apa sebabnya.. Mungkin dia nak buat kajian kulat kot.

Ha... yang ni right side.. Nampak tak kete idaman itu?? Ha ha ha.. Tapi dah tak berapa nak iadaman dah.. Tak dapat keta tu dapat warna ala2 pun jadiklah..

Phewwiitt.. Pinkish gitu.. Ni sebenarnya aku beli nak letak dalam keta.. adalah 3 minggu je kat dalam keta lepas tu lesapppp..

Hah tu jelah bende2 menarik yang aku tangkap untuk menghilangkan kebosanan.. Lagi tambah bosan bila Mr h dah balik.. terkial2 aku sengsorang kat dlm opis tu.. Nasib baik Mr H bagi pinjam earphone bolehla aku layan tv3.com.my...

Tapi kan..... *dup dap dup dap* tengah aku layan cita kat tv3.com.my tu, tetiba photocopy machine bunyik print.. Sioot la.. Dahla aku sengsorang.. Masa Mr H ada takdepun dia nak bunyi nak print hapa ke.. Aku dah agak dah coz Yen pun ada cita kat aku pasal opis nieh tapi dia kata kat aku suh buat dek je.. Kalau nak buat dek seminit dua takpelah nie aku nak kene buat dek sampai yen datang.. Nak pegi lab takleh masuk.. Masa tu pikir nak cari dinding je.. Yelahhh kalau aku sandar kat dinding takdelah tangan tiba2 sentuh bahu aku.. Takooottt tauu..

Tapi Yen penah cita kat aku beberapa story2 yg kurang enak didengar... Lagipun aku ngan Yen pernah terkena sekali tahun lepas masa aku temankan Yen keje sampai pagi.. Seriouss cuak gila sampai dalam lif pun kitaorang diam jee...

Hoh.. kalau nak tau tunggu kene tunggu la sambungannya...
Muah ha ha..

Kerja! Kerja! Apa ni? Asyik berbloog je kejanya! (Bak kata kawan aku)

Bubbyee...

No comments:

 
Images by Freepik