Monday, May 3, 2010

Honeymoon la sangat~

Langsung tak honeymoon.

Ntah kenapa Yen moody sesangat. Start dia amik aku kat office then amik Hannah then balik Selayang packing then terus ke Subang. Dahtu jalan tersangatla jam sampai ke Subang. Hasilnya kitaorang check in pukul 10pm.. Amik kau! Pastu Yen terus pegi Spa meninggalkan aku terkontang kanting sesorang handle budak-budak.. Dang!

So hari sabtu kitaorang terus check out.. Dahla check out pukul 10pagi... Haihsss.. Malas betol nak argue bende2 yang boleh mendatang kemudaratan dalam relationship nieh! So aku seperti perempuan yang telah matang hanya menelan je lah.. Malassss sesangat nak membebel yang tak mendatangkan faedah nie kan? Betul tak para hadirin sekalian? That's it.

Hari ahad Hannah ada sukan kat Titiwangsa... So kitaorang satu family pegi supporrt Hannah dalam acara Lari Dalam Gelung.. He he.. Dapat no 3 daripada 4 kumpulan.. Hak Hak.. Patutnya dapat no 1 tapi budak last tu terlupa yang dia adalah orang last lalu berlari bersama gelung balik kepada kengkawan dia dalam kumpulan.. Patutnya terus berlari ke pengadil yang bagi nombor tu.. Booooo~


Btw tengok diaorang bersukan ni kan, teringat zaman2 sekolah smap dulu.. Attire si ustazah sebijik macam aku pegi sukan masa sekolah dulu.. :P



Muka masam sebab boring. Kesian. Adala 3 - 4 kali pergi toilet sebab boring kottt... Nasib la jadi kakak harus la kene ikut bagi sokongan... :P


Ha ni pulak muka bersemangat waja untuk bersukan. Bagus2.. Majulah sukan untuk negara okeh.. Anak i rumah kuning u! Go go kuning!

Bergambar kenangan.. Ewahhh~

Aktiviti sampingan weekend adalah menonton wayang dan juga ber karaoke.. Cerita Iron Man 2 best sesangat.. Lebih best dari yg no 1 dulu.. Tak rugi tengok especially orang yang minat fizik.. Sebab aku nampak muka Yen bersemangat waja bila Tony Stark tu tembak atom untuk dapat unsur baru..

And last but not least,

Shrek is coming soon yo~


6 comments:

PixiePwincess said...

itu maknanya jin kompot dia datang. kalau laki aku pun aku buat dekk je. maklumlah kita semua kan perempuan yang matang! hahaa

Anonymous said...

hahahahhaahah klakala hanimun tak menjadi ko nieh nona. atleast x de la sperm yg melekat. ahaxx alamak 18 sx la pulak!

~bEth~

p!nkerton said...

ahh tak mau ku kenang attire sukan zaman skolah dulu!!! *tarik rambut*

nona said...

ayu: ya kita perempuan yang pantang. telan sajalah.

beth: sila gelak puas2 ya.

kak fatih: alah kak, memalu plak nak ngaku pakaian sukan favourite. muah ha ha

idayusof said...

like mother like daughter, ape kah rumah kuning?

nona said...

rumah kuning power okeh.
selalu menang perbarisan. *clap**clap*

 
Images by Freepik