Random pukul 2 pagi

2 - 3 menjak ni kerja jadi priority.

Bila fikir kerja 24 jam, makan pun jadi tunggang langgang. Dalam kepala bagi anak makan kenyang2 dulu baru fikir diri sendiri. Bila anak dah kenyang di ajak nya aku main memangla sempat 2-3 suap je masuk mulut. Lepas dah main nak susu nak tidor. Sambil dok dodoi anak terkebil2 pandang syiling dok pikir kerja nak buat esok. Perut dok berkeroncong bunyi mintak makanan. Teringat dalam peti sejuk ada pelam siap weekend hari tu sempat buat cicah pelam - kicap + cili + belacan + gula.. Aduh.. Bila terkenang cicah pelam makin kuat pulak bunyi perut mintak belas ehsan tuan punya badan. Abaikan bunyi perut.

Dulu dok diet. Berat 8 bulan lepas 66kg. Bila diet jadik la 63kg. Punyalah hazab 3 kg  nak hilang amik masa lebih 6 bulan. Ke plateau? Ke fat jadi muscle? Ke memang lemak tepu?

Sudahnya tadi aku timbang tetiba berat jadi 61+ kg. Wow. Berkali2 naik weight scale kerana tidak percaya. Percayalah?



Comments

Popular posts from this blog

Check saman kat Singapore

Sunat budak perempuan

Wedding anniversary celebration