Demi masa
sesungguhya manusia kerugian...
Ewah tajuk entry kali ini berunsur keinsafan.. Yelah tuh lagi beberapa hari nak exam barulah insaf nak study.. Waaa tolong aku mak oiiii...
Minggu ni banyak plak aktiviti nak diraikan.. Ingatkan minggu ni minggu hibernasi di rumah tanpa gangguan tapi terlupa plak mak mentua aku punya birthday on 5 Jun ari sabtu... Dahtu takkan nak buat dekk je kan.. So pepagi lagi aku dah bangun terus masak... Pukul 7 pagi lagi aku dah keluarkan ikan yg cam ais batu dari peti sejuk.. Lepas tu aku terus naik bertapa kat bilik tengah untuk study.. Tengah dok2 study anak bongsu aku berdiri depan pintu dengan muka blur2 tanya aku tengah buat apa... Alahai anak omak sorang ni awal betul ko bangun ye nak? Dahtu taknak dia kacau aku study aku pun terus merasuah dia bermain game di bilik sebelah dengan kadar suara tv yang sangat kecik.. Datang akak dia 'Pomm... machine gun' mak aih kuat betul dia pasang volume suara game tv.. Aku pun apa lagi 'Pommm...(bunyi pintu aku tutup)'.. Beralwan plak mak dengan anak.. Setengah jam bontot aku dah panas... Takleh concentrate langsung nak baca buku.. Nak bangun pukul 4 pagi tak pernahmya berjaya.. Asik la terbabas..
Dahtu aku pun terusla turun ke dapur start masak tengahari.. Awal tu aku masak tengahari pukul 8 pagi tuu... Eh jangan main2.. Aku nama je dah lama kawen tapi bab2 masak memang amik masa 2 jam la paling koman.. Ingat senang ke nak masak ni? Kaulah nak potong bawang merah, nak potong bawang putih, nak potong halia, kunyit, nak siang sayur, nak bersihkan ikan, nak masak nasi, nak basuh kuali, nak basuh pinggan, nak blender, kau la nak bersihkan sampah2, oh hoi kira master la amik masa 2 jam.. I mean without bibik helping coz aku takde bibik lagi.. (perkataan lagi tu mcm kengkonon akan datang wajib ada bibik tu.. muah ha ha) ... So lepas keletang keletung pukul 10pagi dah siap..
Lepas sume dah makan pukul 12:30pm aku ngan Yen pegi undangan perkahwinan member itm aku kat shah alam.. aku dah save dah perut tak makan sebab dah jemu giller makan masakan sendiri.. wahh sedapnya nasi minyak org kawen!!! dapatla aku jumpa member2 lama sambil bertanya khabar juga sambil membuat perancangan bersama2 untuk pergi ke tioman.... muah ha ha...
So sampai Selayang plak kitaorang berjalan dengan anak2 dan ibu mertua ke Selayang Mall.. Destinasi setiap minggu gitu.. Sian mak mentua aku.. Dia teringin nak pegi Alamanda tapi laki aku nie susah betulll nak bawak.. Samapai mak mentua kau cakap 'Alahai firdaus sampai mummy matila tak pijak Putrajaya tuhh'.. Yang si Yen ni kan siapla keluar ' Hujan batu la hujan emas la' Ntah hapa2 la dia merepekkan dengan mak dia tu.. Maksudnya kira hujan batu ialah Selayang manakal hujan emas adalah selain dari Selayang.. Yen memang rasa Selayang adalah tanah tumpah darah dia.. aku rasa kalau dia mati pun dia wasiat kan suh tanam kat bumi Selayang jugakk.. Selayangku Sayang la katakan.. Ewaahhh...So aku belikan mak mentua aku sepasang baju.. Hadiah hari jadi gituu... Dan kitaorang belikan anak2 barang sikit..
Malam tu dah penat.. pastuh pukul 10pm dah tidooo.. Aku set jam pukul 4 pagi tapi tersasr gakkk... So hari ni hari ahad.. Aku buat breakfast utk anak2.. pastueh Yen ajak breakfast kat luar... Dan aku belum sempat nak sentuh buku lagi sampai skang...
Demi masa.....
Comments
oh mcm tak lyk lg je org cm sy nk ckp gini.haha