Posts

Life

Hallo hallo kopi ka milo? Pe kekdahnya intro macam pak lawak.. :) Ahhhh finally.... my blog. Apasal aku rasa kejap je masa dah berlalu.. Semalam isnin pastu hari ni selasa kejap kang dah jumaat.. pastu weekend, pastu isnin balik... tau2 dah nak puasa.. omg ganti pose belom lagik.. 3 hari aku tak pose masa pregnant kan Soffyia.. Boleh tak nak pose hari ahad pastueh tido satu hari maghrib baru bangun?? Wahh meletop.. tau mak aku mampuih kene bambu tazkirah baik punya.. antara ayat2 faveret mak aku 'Ko ni Ra, tak padan ngan sekolah labu nya'.. Inilah bahana kene tanggung sampai ke tua.. label budak smap labu.. Pape je lah.. Btw me and yen telah bertukar rutin harian ke tempat kerja... Ye kawan2, Yen telah meninggalkan Schlumberger dengan bangganya.. dengan bangganya juga Yen telah menolak counter offer untuk bekerja di middle east dengan ayat penutup tirai 'duit bukan segalanya' ... wah gitu2... dua tiga kali la jugak aku nengok yen atas bawah, depan belakang... jadiknya t...

mommy need a break

Image
Bulan ni serious wa penat gila.. balik keje ingat nak tido je.. weekend pun kalo boleh nak qada' tido sampai lebam.. tapi ini budak kecik tak penah nak bagi can mommy tido.. bapak budak kecik ni pun sama gak perangai.. pantang mommy nak lelap ajak kuar.. tgk wayang la, pegi mamak la, pegi makan la.. tapi nasib baik mommy sayang budak kecik ni dengan bapak budak kecik ni.. mommy ikut kan jugak perangai masing2 yang super manja.. btw minggu depan budak kecik ni nak masuk 5 bulan.. meniarap belum pandai lagi.. tapi jerit teriak2 dah pandai... mommy sayang budak kecik! Muah.

Weekend

Image
Masuk office baru masih takde keje. Seminggu ni penat betul pura2 macam banyak kejee. Pura2 balik lambat walhal bukannya ada keje pun. o_O so far boss suh jaga satu account dulu. Dahla management co. Kalau jaga mgmt co nak kene tunggu sume org closing barulah wa boleh closing. Report nak kene submit setiap 2hb kat Singapore. Rupanya Ascott co Singapore. Never know about that. The best thing keje sini dapat lunch free kat staff cafe. Pergh2 hari2 makan air tangan chef. Sodap! Tambah point best keje kat sini dapat staf parking. Bayar 50 je sebulan. Best gilo. Kalau weekend lepak klcc leh parking je kat opis takyah dah perabih duit parking kat klcc yg per hour tu! So far so good. Alhamdulillah rezeki anak. Anak2 pun dah habis exam. Minggu ni banyak pulak kenduri. Semalam pegi kenduri aqiqah nun jauh kat kajang. Balik memang penat gilaa. Dinner pun mcd drive thru jerk. Bebudak tido plak tu. Beli untuk perut bapaknya je lah. Wa plak kekenyangan bantai makan kambing 3pinggan. Uhh sodap! Baju...

Kehidupan 2 minggu

Lama gila tak update blog *lap*lap* habuk* Ehem ehem.... apa nak cite? Tasya : seorang anak yang rajin tolong mama dia.. bangga bila dia ni mendengar kata walaupun i'm rarely spend time with her.. she just admit that i'm busy handling her sisters and she know when, where and how is the right time to talk to me and discuss matters in school.. she was so understanding and independence more than i can imagine.. 'mama nak beli baju sukan' - mintak awal bulan, 'mama cikgu suruh bawak kertas warna' - mintak waktu pegi mall.. Hannah : 3 words manja, manja dan manja.. 6 tahun takde adik la katakan.. dah kata manja, kalau bergaduh dgn kakak tu menjerit la kerjanya sampai adik pun bangun dan dapat satu cubit dari mama.. pastu merajuk dan mama memang takkan pujuk punyalah.. that's the only way to treat her behaviour.. but one thing i love about her, she is a smart kid.. she did very well in school walaupun tak pernah hantar dia pegi smart school.. Soffyia : too earl...

Exam fever

Image
Anak2 aku sume nak exam. Minggu lepas berhibernasi kat umah buat latih tubi. Practice makes perfect! Hari2 aku tasbih kat telinga anak aku "Tasya kalau dapat no 1 mama beli hadiah", "Hana kalau dapat no 1, mama beli hadiah"... Datang akal anak aku pi tanya balik "Mama, kalau dapat 100%, dapat hadiah tak?".. Tu dia! Datang dia punya sifat tamak.. Dah habis buat latihan, bapaknya nak belanja makan. Tak kene selera aku makan kat Victoria Station. Hari2 aku tasbih nak makan Chilis dia tetap gak bawak aku tempat lain.. Waduh waduh bapaknya bapaknya.. Minggu ni bapaknya exam.. Kalau muka happy kuar exam hall aku nak try tasbih ajak makan durian pulak.

Pangkor Trip

Image
Kali ni kitaorg stay kat apartment plak. Bersih dan cantik sebab tempat baru kan? Location Marin Apartment. Ada 3 bilik. Setiap bilik ada bilik air. Ada dapur tapi kitchen appliance takdak. Too bad takleh masak. Aktiviti pertama pegi island hoping then snorkeling. Banyak habiskan masa kat hotel lepas buat outdoor activity. Main futsal, volleyball, berendam dalam pool, main ping pong dan cycling. Malam makan ikan bakar. Haruslah kan? Sebelum balik beli ole2 kat pekan lumut. Aaaahh penat gila. Sakit satu badan. Mana taknya balik kl tak ikut highway. Rasa nak tercabut pinggang. Sempat singgah menara condong kat teluk intan dan lunch sekali. Sampai Petronas tanjung karang, tasya muntah. Yen membebel sampai kl! Marah benar keta kesayangan dia berbau. Adat berjalan dengan anak begitulah kan? Published with Blogger-droid v1.6.7

Weekend getaway : Pangkor

Image
Entering Plus highway. Hujan lebat gila. Hope sampai dengan selamat. Serious mengantuk gila. Dah sampai dah. Cerah plak kat sini. Great! Lepak jap kat petronas beli apa2 yang patut. Taulah bdk2 kan. Nak air lah, nak belon lah blabla. Mama dah pencen layan bdk more focus on baby. Papa punya turn plak. Lagi 70km nak sampai. Wah cantiknya Kelly's Castle. Read from the Airasia magz yg istana tu berhantu. Eeee takot! Published with Blogger-droid v1.6.7